Jika anda kali pertama dengar tentang Bamia Kambing, pasti tertanya-tanya hidangan apakah ini? Tapi apabila merasainya, sampai esok boleh teringat-ingat tau.
Bamia merupakan sejenis masakan Timur Tengah yang sangat terkenal di Johor dan Singapura terutama di kalangan mereka yang berketurunan Arab.
Buat pengetahuan anda, bamia ini antara hidangan klasik orang Arab yang dibawa masuk ke Tanah Melayu pada zaman dahulu, semasa mereka menjalankan aktiviti perdagangan.
Bamia Kambing ini bukan setakat rasa daging kambingnya yang sedap dengan gandingan bersama sos tomato, malah cara memasaknya juga sangat mudah tanpa banyak bahan.
Seperti perkongsian oleh Amelia Tamby Hussin di Facebook, resipi Bamia Kambing oleh ibu mertuanya cukup ringkas tanpa jalan kerja yang banyak. Jom cuba!
Baca juga: Sup Kambing Versi Pekat, Makan Cicah Roti Saja Pun Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Rebus kambing di dalam periuk tekanan. Sekiranya tiada, rebus sehingga empuk. Airnya simpan jangan dibuang.
2. Gunakan kuali atau periuk yang berasingan, tumis halia kisar bersama cili kisar. Ikut suka jika nak pedas, lebihkan dan jika tak nak, boleh kurangkan.
3. Setelah kelihatan garing dan naik bau, masukkan kambing dan sos tomato, kemudian gaul sehingga sebati dan biarkan mesra.
4. Akhir sekali, masukkan bawang goreng. Siap untuk dihidang!
Bamia Kambing paling sesuai dimakan dengan aneka jenis roti seperti roti canai, capati dan roti arab.
Selain itu, makanan ini juga enak dihidangkan dengan pelbagai jenis nasi seperti nasi beriani, nasi minyak atau nasi tomato.
Senang cerita, makanan ini boleh dihidangkan dengan apa saja yang anda suka bersesuaian dengan citarasa masing-masing.
Buat anda yang tak makan daging kambing, boleh juga jika nak gantikan resipi ini dengan daging lembu.
Selamat mencuba!
Sumber: Amelia Tamby Hussin
Baca juga: Kari Kambing Simple, Cuci Daging Begini Baru Lembut Dan Tak Berbau
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…
Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…