Resipi Ayam Varuval ini ialah hidangan khas masakan India, terutamanya dari Tamil. Ia adalah hidangan ayam yang dimasak dengan rempah dan digoreng sehingga dan garing. “Varuval” dalam bahasa Tamil bermaksud menggoreng garing.
Baca juga: Rendang Daging India, Sedap Rupanya Rendang Jenis Ini!
Jadi, ayam varuval umumnya mempunyai rasa pedas berempah dan kering di luar tetapi kekal lembut di dalam. Rempah-rempah yang digunakan dalam hidangan ini memberikan rasa yang kaya dan kompleks.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Liyana Hasan ini.
RESIPI AYAM VARUVAL
Bahan-bahan perapan:
- 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
- 5 ulas bawang putih – tumbuk/kisar
- 2 inci halia – tumbuk/kisar
- Serbuk kari – secukupnya
- Serbuk kunyit – secukupnya
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan lain:
- 2 sudu kecil jintan manis (kasar)
- 6-10 biji cili kering – gunting kasar
- 5 ulas bawang putih – hiris
- 1 inci halia – tumbuk atau hiris
- 2-3 labu bawang besar – hiris
- 1 biji tomato – potong dadu
- 3 tangkai daun kari nak lebih pon boleh
- 3 sudu cili kisar (nak pedas lebihkan lagi)
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan ayam varuval:
- Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.
- Goreng ayam yang dah diperap sehingga masak (golden color) dan angkat.
- Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.
- Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan & wangi. Angkat dan ketepikan. Menyengat bau dia tau.
- Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu).
- Lepas itu, masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula dan seimbangkan rasa.
- Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 dan 4) dan kacau.
- Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering.
- Siap! Sedia di makan bersama nasi panas. Nalerekek!
Selamat mencuba.
Sumber: Liyana Hasan
Baca juga: Ayam Butter Cara Masakan India, Sedap Rasa Rempah dan Lemak Berkrim!