Tengah buntu fikir lauk hari ini, tiba-tiba ternampak ada yang kongsikan resipi Ayam Masak Thai. Sekali tengok rupa hidangannya, nampak menyelerakan dan tak sabar nak cuba.
Jika suka lauk berperisa, pedas tapi cukup seimbang rasa masin, manis dan masam, Ayam Masak Thai ini patut dicuba. Bau harum serai dan daun limau purutnya, memang cukup menggoda.
Inilah masanya untuk cuba resipi Ayam Masak Thai yang dikongsikan oleh Aien Weyl di Facebook. Bukan setakat sedap, malah keluarga anda akan makan sampai bertambah nasi.
Baca juga: Tips Ayam Goreng Rangup Tahan Lama, Guna Teknik Ini Baru Hasil Menjadi!
Bahan A:
Bahan B (bahan kisar):
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis serai yang dititik sampai naik bau.
2. Masukkan hirisan bawang dan daun limau purut, kemudian tumis sampai garing.
3. Apabila sudah garing, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
4. Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili dan air secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan ayam dan serbuk perasa mengikut sesedap rasa. Siap untuk dihidang!
Resipi ini boleh diolah mengikut citarasa. Jika suka lebih pedas, boleh lebihkan cili api. Nak lebih berkuah, tambah sedikit air panas dan perasakan semula saja.
Selamat mencuba!
Sumber: Aien Weyl
Baca juga: Resepi Sup Ayam Halia Lada Hitam, Sesuai Untuk Orang Demam, Angin & Pantang!
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…
Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…
Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…