Jom buat hidangan Ayam Masak Cendawan Shitake. Antara masakan Cina yang simple dan mudah dibuat. Yang penting, sedap!
Kalau nak makan sedap tapi tak guna bahan yang banyak atau cara masakan yang rumit, anda kena cuba masak braised chicken cara orang cina. Braised ni maksudnya reneh atau kukus.
Baca juga: Daging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!
Masakan ini mirip dengan ayam masak kicap, tapi lebih mudah dari segi penyediaan kerana menggunakan cendawan shitake. Rasa dia tak terlalu asing, dan pastinya disukai oleh anak-anak.
Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Ikuti resipi dari perkongsian @_onlyfiey dari TikTok ini. Perkongsian beliau meraih sehingga 600k tontonan.
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali minyak masak dan gaul rata bersama ayam.
2. Perap ayam kira-kira 20 minit.
3. Selepas perap, masukkan sesudu minyak masak dan kukus ayam kira-kira 15 minit.
4. Selepas siap kukus, dah sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@_onlyfiey Replying to @someone special 🖤H🖤 Next resepi, ayam masak cendawan shitake. Cara masak mudah sahaja, hanya perlu kukus je. Bahan-bahan : Ayam, Cendawan shitake, Red dates , Goji berry, Halia, Daun bawang (Kuantiti ikut korang nak letak berapa banyak) Minyak masak, garam, gula, kicap cair, sos tiram (secukup rasa) #foodtiktok #foodie #masaktiktok #Masakansimple #masakcepatmudah #jommasak #resipimudah #makanmakan #foodies #resepimakanan #creditvideototheowner
Selamat mencuba resipi ini.
Baca juga: Garlic Green Beans, Resipi Viral Dari US Dan China, Sedap Macam Style Restoran Cina!
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…