Categories: Infomasi

Ayam Goreng Seringgit Macam Pasar Malam, Lagi Puas Buat Sendiri

Ayam Goreng Seringgit ini antara makanan yang selalu kita jumpa di gerai tepi jalan atau pasar malam. Tapi harga sekarang bukan lagi RM1, dah jadi RM1.50.

Dipotong kecil-kecil ikut harga, tapi rasanya sebijik macam ayam KFC membuatkan ayam goreng ini memang tak cukup makan. Elok juga kita boleh belajar buat sendiri ayam goreng ini.

Baca juga: Ayam Goreng Ketumbar, Memang Sedap, Wangi Dan Rangup Krup Krap!

Kaedah tersebut dikongsikan oleh Afy Al Habibi. Nak buat bisnes pun boleh ikut resepi yang diberi.


RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT MACAM PASAR MALAM

Resipi ayam goreng singgit sebenarnya telah dikongsi oleh adik cikgu, Ben Safwan. Cikgu goreng ayam ini masa sambutan hari lahir anaknya beberapa minggu yang lalu. Cikgu terfikir nak buat menu ini sebab tahu budak-budak suka. Sedekah kat mereka. Ternyata laku keras sambutannya. Sekelip mata licin.

Kenapa cikgu pilih untuk repost lagi resepinya hari ini?

Salah satunya cikgu nak bantu anak-anak ibu di sini melepaskan rasa teringin nak makan ayam kepci. Menu untuk masak sendiri di rumah.

Memandangkan ekonomi kita sekarang dalam keadaan yang susah untuk dijangka masa depannya, cikgu akan cuba untuk berkongsi menu yang menjimatkan.

Nak beli kepci original untuk dua tiga ketul tidak lagi memadai buat masa ini. Perlu fikir banyak kali nak keluarkan duit.

Jadi buatlah seekor ayam tapi boleh makan ramai-ramai. Sebab tu namanya singgit. Saiz ayam ini pun dikerat kecil sahaja.

Haa kalau rupa ayam gorengnya macam ni, tak kata budak je suka. Orang tua pun terliur sama. Betul tak?

Boleh bantu cikgu tekan butang kongsi banyak-banyak. Mana tahu amal jariah yang kecil ini sangat membantu kawan yang memerlukan.

Bahan-bahan:

Bahan perap:

  • Dua senduk tepung bestari perisa asli
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

1. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.

2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi. Perap ayam selama lima jam.

3. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung iaitu 500 gram tepung bestari asli, 100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras.

4. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.

5. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.

6. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.

7. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Afy AL Habibi 

Baca juga: Rahsia Ayam Goreng SEDAP Sampai Ke Tulang, Lelaki Kongsi Tip

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago