Resepi bubur ayam chinese style ini sesuai untuk melegakan demam. Auto makan berselera dibuatnya! Bukan saja sesuai untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga.
Cara memasak bubur ayam ini merupakan hasil perkongsian oleh Chuya Hanna di laman sosial Facebook. Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada arwah ibunya yang berbangsa Cina.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi langkah demi langkah di bawah. Caranya memang cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.
Baca juga: Guna ‘Oat’ Ganti Beras. Ini Cara Buat Bubur Yang Sihat, Mudah & Sedap
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Masak nasi dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur. Kalau mahu menggunakan nasi yang sudah dimasak, kisar nasi sehingga hancur. Kemudian masak dengan air yang banyak sehingga menjadi bubur.
2. Kemudian, masukkan isi ayam yang sudah dicincang. Masukkan juga halia yang sudah dipotong halus dan lobak merah yang dipotong dadu.
3. Bila dah hampir masak, boleh masukkan sedikit sesame oil dan lada sulah. Kalau untuk anak makan, kurangkan lada sulah. Nanti boleh tambah dalam mangkuk berasingan.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan!
Cara goreng garlic supaya cantik macam dalam gambar, panaskan minyak, masukkan garlic apabila minya sudah panas. Kacau sentiasa. Bila dah kelihatan keperangan, boleh tutup api. Warna dia muda saja bukan macam dalam gambar.
Kredit: Chuya Hanna
Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…