Categories: Resipi

Resipi Ayam Goreng Kunyit Berlada Ini ‘Sumpah’ Sedap, Wajib Cuba!

Kalau dah selalu masak ayam goreng kunyit biasa, kali ini apa kata jom cuba resepi ayam goreng kunyit berlada pula.

Masakan ini cukup menarik dan menyelerakan. Sangat sedap jika dimakan dengan nasi panas, dah tak perlu lauk lain!

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Suzilawati Alias di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah. Ini Tips Serdak Meriah, Bertali & Rangup Elok

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BERLADA

Bahan-bahan:

  • Ayam (diperap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam, sedikit tepung beras)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada kecil
  • Lada besar
  • Halia
  • Gula perang
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Air asam jawa
  • Daun limau purut
  • Serai
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Lada benggala

Cara memasak:

1. Ayam dipotong kecil. Perap sekejap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.

2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.

3. Goreng ayam dulu. Dah kekuningan, ketepikan.

4. Ini bahan yang dikisar dengan chopper, tak perlu halus sangat.

5. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.

6. Masukkan ayam goreng.

7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.

8. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Suzilawati Alias

Baca juga: Perap Ayam Goreng Dengan ‘Bahan’ Ini, Confirm Jadi Lebih Sedap Dari Biasa!

Nasiha

Recent Posts

Jangan Buang Tempe Berbau, Rupanya Sedap Jika Goreng Ikut Cara Ini

Peminat tempe goreng wajib ada stok tempe di rumah. Boleh dikatakan, hampir setiap hari mereka…

12 hours ago

Resepi Bawang Putih Goreng, Ada Tips Kekal Rangup Dan Tak Pahit!

Setiap masakan menggunakan bawang putih yang memberi rasa enak dalam hidangan. Jadi, pernahkah anda buat…

16 hours ago

Cara Buat Keropok Nasi Keping, Kembang Dan Cukup Garing Bila Digoreng!

Pelbagai idea untuk menghabiskan sisa lebihan nasi yang ada di rumah dan ramai yang mengambil…

18 hours ago

Jenis Lunch Box Untuk Ke Pejabat, Tinggal Pilih Nak Guna Yang Mana

Terdapat pelbagai jenis bekas makanan (lunch box) yang sesuai untuk pelbagai kegunaan. Sama ada untuk…

19 hours ago

Apam Gula Hangus Kukus, Ikut Resipi Ini Pasti Dapat Cantik Berongga!

Apam gula hangus kukus dikenali juga sebagai kek sarang semut. Keistimewaan apam ini adalah mempunyai…

19 hours ago

Puding Kastard Labu Lembut, Manis Rasanya Memikat Hati Si Dia

Puding kastard labu adalah pencuci mulut yang unik dan menyelerakan. Ia menggabungkan kelembutan puding kastard…

19 hours ago