ayam goreng kicap

Selalunya kita dengar tentang daging goreng belengas saja, tapi kali ini kami dah jumpa resipi Ayam Goreng Kicap Belengas yang mudah dibuat di rumah.

Daging goreng belengas merupakan lauk yang sangat popular di negeri Kelantan dengan kesedapan salutan kicap dan sos yang tak disangkal lagi.

Terdapat sesetengah orang yang tak boleh makan daging, namun jangan risau kerana anda masih boleh membuat lauk yang sedap ini dengan menggunakan ayam.

Resipi Ayam Goreng Kicap Belengas yang dikongsikan oleh snfkitchen_90 melalui video di Instagram membuatkan ramai tertarik untuk membuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Kicap Jawa, Selera Terangkat Sampai Ke Langit Dengan Lauk Ini

RESIPI AYAM GORENG KICAP BELENGAS

ayam goreng kicap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong ayam kecil-kecil, kemudian gaul dengan garam dan serbuk kunyit.

2. Selepas itu, goreng ayam sehingga masak. Minyak tak perlu banyak semasa menggoreng.

3. Seterusnya, masukkan kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kemudian, gaul sehingga sebati.

4. Masukkan bawang merah, solok lada, cili besar dan lobak merah yang telah dihiris, kemudian gaul sehingga masak. Siap untuk dihidang!

ayam goreng kicap

Anda boleh lihat sendiri betapa mudahnya memasak Ayam Goreng Kicap Belengas yang sungguh sedap dan kami jamin anda sekeluarga akan makan sampai licin pinggan.

Manalah tahu anda sudah jemu dengan ayam masak kicap yang biasa sebelum ini, boleh cuba kelainan dengan resipi Ayam Goreng Kicap Belengas pula.

Sesetengah orang lebih suka untuk menggorengnya terlebih dahulu sehingga setengah masak dan ketepikan, jadi terpulang kepada cara anda untuk memasaknya.

Resipi mudah dan ringkas ini bukan saja menjimatkan masa, malah ia bakal menjadi hidangan lauk yang sempurna untuk anda nikmati bersama keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: snfkitchen_90

Baca juga: Resepi Ayam Sambal Bali, Buat Lauk Ini ‘Confirm’ Suami Dah Tak Makan Luar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN