Siapa suka ayam goreng rangup di luar tapi lembut di dalam, wajib cuba resipi ini. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh hasilkan Ayam Goreng Berempah rangup dan lazat.
Ayam Goreng Berempah ialah sejenis hidangan ayam yang digoreng dengan rempah ratus sehingga wangi dan berperisa. Berbeza dengan ayam goreng biasa, lauk ini lebih rangup dan beraroma.
Baru-baru ini, ramai tertarik dengan perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah oleh Aine Huzaimee kerana serdaknya yang sangat garing sampai berbunyi bila makan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Soya Mak Cik Kantin Sekolah, Lauk Paling Budak-Budak Sekarang Suka!
Bahan-bahan:
Cara-cara masak:
1. Masukkan serai, bawang putih, halia, lengkuas dan rempah ketumbar ke dalam mesin pengisar (blender).
2. Tambah sedikit air supaya mudah dikisar.
3. Tapis air tersebut dan ambil hampasnya saja.
4. Gaul hampas rempah dengan ayam.
5. Tambah garam, serbuk kunyit dan serbuk cili kering secukup rasa.
6. Biarkan ayam diperap selama 30 minit hingga sejam.
7. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan.
8. Jika ada daun kari, boleh goreng sekali untuk aroma yang lebih wangi.
Ayam Goreng Berempah ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau malam. Kombinasi rempah yang wangi dengan tekstur rangup di luar pasti buat keluarga makan sampai licin.
Selamat mencuba!
Sumber: Aine Huzaimee
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…