Categories: Resipi

Ayam Bakar Susu Ala Thai Homemade, Teknik Perapan Ini Buat Isi Ayam Juicy & Beraroma

Ayam bakar susu kini semakin popular kerana teksturnya yang lembut, berjus dan penuh rasa walaupun hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah. Gabungan susu, bawang putih dan daun ketumbar dalam perapan menjadikan hidangan ini beraroma serta lebih istimewa berbanding ayam bakar biasa.

Menariknya, resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri ini boleh disediakan lebih awal dan dibekukan sebelum dibakar. Hasilnya, ayam kekal lembut di dalam dengan permukaan yang cantik keperangan apabila siap dibakar. Lagi sedap jika dinikmati bersama sos cili Thai homemade yang masam, manis dan pedas.

Baca juga: Resipi Masak Ayam Kicap Berkuah Mudah, Tak Payah ‘Blend’ Bahan Pun Hasil Tetap Power

RESIPI AYAM BAKAR SUSU ALA THAI HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi ayam kisar
  • 2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1 pokok daun ketumbar bersama akar (ditumbuk halus)
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap sotong
  • 3 sudu besar gula kabung Thai
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • 1 cawan susu cair atau susu full cream
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar minyak masak

Cara-cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan di dalam bekas besar.

2. Gaul sehingga semua bahan sebati. Adunan akan menjadi sedikit lembik dan ini adalah normal.

3. Simpan adunan di dalam peti sejuk dan perap selama 1 hingga 2 jam.

4. Bentukkan adunan mengikut bentuk empat segi atau bentuk yang diingini.

5. Balut menggunakan plastik dan susun dalam bekas sebelum dibekukan supaya tidak melekat.

6. Jika suka, ayam boleh dikukus terlebih dahulu sebelum dibakar. Sapukan sedikit minyak pada loyang sebelum mengukus.

7. Keluarkan ayam yang telah dibekukan dan tanggalkan plastik.

8. Bakar atau grill sehingga masak dan permukaannya bertukar keperangan.

9. Cucuk menggunakan lidi selepas siap dibakar dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan Sos Cili Thai:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • Cili api secukupnya jika mahu lebih pedas
  • Gula kabung secukup rasa
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • Daun ketumbar yang dihiris halus
  • Bijan yang disangai

Cara Penyediaan Sos Cili Thai:

1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan cili sehingga halus.

2. Masukkan ke dalam periuk bersama sedikit air.

3. Masak sehingga mendidih.

4. Masukkan gula kabung, sos ikan, cuka dan bancuhan tepung jagung.

5. Kacau sehingga kuah sos menjadi pekat.

6. Sesuaikan rasa mengikut citarasa masing-masing.

7. Biarkan sos sejuk sedikit.

8. Masukkan bijan sangai dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Tips Ayam Bakar Susu Lebih Sedap

  • Gunakan susu full cream untuk menghasilkan isi ayam yang lebih lembut dan berjus.
  • Perap lebih lama jika mahu rasa rempah dan herba meresap dengan sempurna.
  • Bakar menggunakan api sederhana supaya ayam masak sekata dan tidak cepat hangus.
  • Sapukan sedikit minyak ketika proses membakar untuk mendapatkan permukaan yang lebih cantik dan berkilat.
  • Hidangkan bersama sos cili Thai homemade untuk kombinasi rasa yang lebih padu.
  • Tambahkan hirisan timun atau salad sebagai pelengkap hidangan.

Ayam bakar susu ala Thai ini sesuai dijadikan menu makan malam, hidangan BBQ atau sajian istimewa untuk keluarga. Sekali cuba, pasti ramai yang akan meminta anda membuatnya lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Cara Buat Ayam Bakar Ala Domino’s, Kuah Manis Pedas Buat Ayam Jadi ‘Juicy’ & Kegemaran Keluarga

Aimi

Recent Posts

Bayam Merah VS Bayam Hijau, Dua-Dua Bagus Tapi Ini Perbezaan Khasiatnya Ramai Baru Tahu

Selama ini ramai lebih biasa dengan bayam hijau, tetapi bayam merah juga mempunyai khasiat yang…

12 hours ago

Resipi Murtabak Crackers Berinti Daging & Keju, Potong-Potong Terus Nampak Cantik Berlapis!

Murtabak crackers boleh jadi pilihan menarik kalau nak cuba hidangan yang lain daripada biasa. Menggunakan…

12 hours ago

Coffee + Strawberi? Resipi Air Strawberi Latte Ini Memang Sedap Luar Biasa!

Strawberi Latte ini memang wajib dicuba oleh peminat kopi dan strawberi! Gabungan rasa kopi yang…

12 hours ago

Kenapa Roti Cepat Keras Walaupun Baru Buka? Ini Cara Simpan Yang Ramai Tak Tahu

Pernah beli sebungkus roti, baru beberapa hari buka tetapi teksturnya sudah mula keras dan tidak…

13 hours ago

Resipi Mi Bandung Mudah Cara ‘Orang Lama’, Kuahnya Pekat Sampai Licin Mangkuk!

Resipi mee bandung ini sesuai sangat dibuat ketika cuaca hujan atau bila teringin hidangan mi…

14 hours ago

Nak Rebus Kaki Ayam Cepat Lembut? Cuba Tip 20 Minit Ini, Tak Perlu Tunggu Lama!

Nak rebus kaki ayam tetapi tak mahu menunggu terlalu lama sehingga empuk? Rupanya ada cara…

18 hours ago