
Ayam bakar ala Dominos ini resipi homemade yang mudah dan sedap dengan kuah pekat berperisa manis, berlemak dan penuh rasa sesuai untuk hidangan keluarga. Jika anda cari menu ayam bakar simple tetapi rasa seperti di restoran, resipi ini memang wajib cuba kerana gabungan rasa manis, sedikit pedas dan berlemak buat ayam lebih juicy dan sedap dimakan panas-panas.
Menariknya, resipi ayam bakar ala Dominos ini boleh dimasak terus atas kuali sahaja. Kalau mahu rasa lebih “grill”, boleh bakar sekejap dalam oven untuk hasil lebih wangi dan berkilat.
Baca juga: Resipi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Homemade Paling Rangup & Juicy, Buat Sendiri Lagi Puas Hati!
RESIPI AYAM BAKAR ALA DOMINOS

Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 sudu lada hitam – ditumbuk
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu gula
- 2 sudu madu
- 1 sudu sos cili
- 2 sudu butter (guna pure butter lebih wangi)
- 1 sudu kecil garam / perasa
- 15 ketul ayam (bahagian drummet)
- Sedikit kicap (jika mahu warna lebih gelap)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan kuali dan masukkan semua bahan sekali termasuk bawang putih dan lada hitam yang telah ditumbuk.
2. Masak seketika hingga kuah menjadi pekat, naik bau wangi dan nampak sedikit “pecah minyak”.
3. Masukkan ayam dan gaul rata supaya semua bahagian bersalut kuah dengan sempurna.
4. Masak menggunakan api perlahan lebih kurang 30 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
5. Bila ayam sudah masak dan kuah mula memekat, boleh terus hidang atau sambung proses bakar.
Versi Bakar (Lebih Wangi Dan Berkilat)
- Susun ayam dalam tray atau bekas kaca
- Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit
- Sapu lebihan kuah semasa membakar untuk hasil lebih berkilat dan juicy
Tip Tambahan Untuk Ayam Bakar Ala Dominos Lagi Sedap
- Perap sekejap ayam dengan garam untuk rasa lebih sebati
- Tambah sedikit kicap untuk warna lebih gelap dan menarik
- Masak dengan api perlahan supaya kuah tidak cepat kering
- Lagi lama ayam direneh dalam kuah, lagi pekat dan sedap rasanya
Hidangan Padu Untuk Satu Keluarga
Resipi ayam bakar ala Dominos ini sesuai untuk hidangan harian kerana bahan mudah didapati dan cara masak yang tidak rumit. Rasa seimbang antara manis, pedas dan berlemak menjadikannya sesuai untuk orang dewasa mahupun anak-anak.
Selamat mencuba!
Sumber: Ekin Ramli
Baca juga: Nasi Ayam Paling Sedap Ala Mama Neelofa, Ini Resipi Lengkap Bersama Sup Pekat & Sambal Power
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














