masak ayam kicap berkuah

Kalau anda sedang mencari idea lauk cepat dan mudah, masak ayam kicap berkuah memang antara menu paling selamat dan confirm menjadi. Resipi ini bukan saja ringkas, tetapi sangat sesuai untuk hidangan keluarga bila masa terhad atau malas nak memasak lama di dapur.

Menariknya, versi ini hanya menggunakan bahan hiris sahaja tanpa perlu tumbuk atau kisar. Walaupun ringkas, rasa kuahnya tetap pekat, manis masin dan cukup menyelerakan bila dimakan bersama nasi panas.

Baca juga: Menu Tunggu Gaji Paling Digemari, Resepi Telur Kicap Simple Yang Jimat Tapi Berselera Makan!

RESIPI MASAK AYAM KICAP BERKUAH

masak ayam kicap berkuah

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (potong kecil)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 3–5 biji cili merah / cili padi (ikut pedas)
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3–4 sudu besar kicap manis / kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 biji bawang besar tambahan (hiris kasar)
  • Daun sup secukupnya
  • Daun bawang secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak atau sedikit keperangan. Tidak perlu angkat ayam.

2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.

3. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata sehingga ayam bersalut sempurna.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.

5. Masukkan hirisan bawang besar tambahan, daun sup dan daun bawang. Kacau seketika dan tutup api.

6. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan telur dadar.

Tips Sedap Masak Ayam Kicap Berkuah

  • Goreng ayam separuh masak untuk tekstur lebih juicy dan sedap.
  • Gunakan campuran kicap manis dan masin untuk rasa lebih seimbang.
  • Masukkan daun sup dan daun bawang di akhir supaya aroma lebih segar.
  • Jika suka lebih pedas, tambah cili padi tumbuk atau hiris lebih banyak.
  • Sedikit air asam jawa membantu menaikkan rasa kuah supaya tidak terlalu muak.

Resipi masak ayam kicap berkuah ini memang sesuai dijadikan menu harian kerana cepat, mudah dan bahan pun sangat basic. Sekali cuba, confirm jadi menu ulang banyak kali di rumah!

Selamat mencuba!

Sumber: Jaja Emyzar

Baca juga: Kopeh Ayam Kelantan Yang Dipuji Sedap, Kuah Pekat Berempah & Kaki Ayam Lembut Merekah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN