ayam bakar air fryer

Ayam Bakar merupakan salah satu menu kegemaran seisi keluarga di rumah dan ia cukup mudah dibuat dengan menggunakan air fryer.

Anda yang bekerja di luar semestinya nak lauk yang ringkas seperti Ayam Bakar yang sedap. Lebih-lebih lagi jika ada air fryer di rumah, tugas seharian menjadi lebih mudah.

Ayam Bakar sangat sesuai dijadikan menu yang sihat kerana walaupun hidangan ini tak perlu gunakan minyak dan perasa, tapi rasanya sangat sedap dan berjus.

Resipi Ayam Bakar yang dikongsikan oleh Farrah Ooi di Facebook ini cukup mudah dengan menggunakan air fryer. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Bakar Berempah, Mak Mentua Sampai Cakap Boleh Buat Niaga!

RESIPI AYAM BAKAR AIR FRYER

ayam bakar air fryer

Bahan-bahan:

  • 3 ketul chicken drumsticks
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk atau ketuk)
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • Daun rosemary (jika tiada pun tak mengapa)
  • Madu asli (saya guna madu untuk ganti gula)
  • Olive oil

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, campur bawang putih, lada hitam, garam, daun rosemary, madu asli dan olive oil, kemudian gaulkan pada chicken drumsticks sehingga rata dan sebati.

2. Selepas itu, perap selama 30 minit atau nak buat stok pun boleh, hanya perlu simpan dalam peti sejuk.

ayam bakar air fryer

3. Akhir sekali, bakar dalam air fryer dengan suhu 180°C selama 10 hingga 15 minit. Siap untuk dihidang!

Nak masak Ayam Bakar ini tak perlu susah payah jika ada air fryer di rumah, malah kerja anda akan jadi lebih mudah dan cepat siap.

Anda boleh jadikan Ayam Bakar ini sebagai lauk tengah hari buat seisi keluarga, tapi nak buat untuk makan malam pun boleh, tiada masalah.

Sesiapa yang nak amalkan menu diet sihat mulai hari ini, bolehlah buat Ayam Bakar sebagai lauk yang lazat di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Farrah Ooi

Baca juga: TikTok ‘Creator of the Year’, Che Sayang Kitchen Kongsi Resepi Ayam Bakar Mayonis Dapat 13 Juta Views

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN