asam pedas johor

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Dina Amalia berkongsikan resipi asam pedas Johor. Menurutnya, beliau gigih mempelajari resipi tersebut supaya hasilnya sama seperti makan di Johor.

Jika sebelum ini asyik makan di kedai saja, sekarang boleh masak sendiri di rumah pada bila-bila masa sahaja. Masak sendiri juga dijamin lebih jimat dan kebersihan terjaga. 

Jika ada yang mahu belajar cara memasak asam pedas Johor, ikuti saja resipi lengkap di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Tanpa Daun Kesum & Bunga Kantan, Tapi Tetap Sedap Cukup Rasa

RESIPI ASAM PEDAS JOHOR

Bahan kisar halus:

  • Segenggam lebih sikit cili kering (potong buang biji, rebus dan tos)
  • 10-12 biji bawang merah (tambah 1 biji bawang besar supaya kuah lagi pekat dan banyak)
  • 6-7 biji bawang putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan lain:

  • Pes asam jawa adabi
  • Daun kesum (bahagi 2 untuk menumis dan masa akhir)
  • Buah tomato
  • Sayur bendi
  • Garam
  • Air

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. Pastikan guna minyak banyak supaya masak cantik.

2. Selepas dah pecah minyak elok, masukkan 1 bahagian daun kesum tadi.

3. Letakkan juga air mengikut kepekatan yang disukai beserta pes asam jawa.

4. Kemudian boleh masukkan ikan, tunggu sehingga mendidih dan ikan mula masak.

5. Perasakan dengan garam secukupnya.

6. Seterusnya masukkan pula bendi dan daun kesum. Biarkan menggelegak seketika supaya bendi lembut.

7. Akhir sekali masukkan tomato.

8. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba!

asam pedas johor

Kredit resipi dan gambar: Dina Amalia Nordin

Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN