gsc didenda

Setiap kali ke panggung wayang, mesti wajib beli air dan makanan ringan yang dijual di kaunter kan? Tak lengkaplah kalau tak ada popcorn bila sedang menonton filem.

Sudah sedia maklum, harga makanan dan minuman yang dijual sememangnya agak sedikit mahal daripada luar pawagam. Mungkin ada beberapa kos juga harus diambil kira.

Tetapi, jika harga yang dikenakan tinggi melampau. Ia merupakan satu kesalahan besar kerana dikira mengambil kesempatan terhadap pengguna.

GSC Didenda RM45 Ribu, Jual Air Mineral & Mister Potato Dengan Harga Cekik Darah

gsc didenda

Seperti yang berlaku pada sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) yang telah dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen atas kesalahan mencatut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.

Katanya lagi, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan.

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada 14 Jun lepas.

Tambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.

Jelasnya lagi, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

Sumber: Utusan Malaysia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN