Dah ada menu makan lunch sekejap lagi? Kalau belum, jom kita buat asam pedas ikan siakap. Selalunya kita dah biasa dengan asam pedas ikan jenahak atau pari, kan?
Ikan siakap selain masak 3 rasa, sesuai juga dibuat asam pedas kerana rasanya lembut, manis dan tidak hanyir.
Jom kita ikut resipi lengkap di bawah ini.
Baca lagi: Rahsia Nasi Goreng Sedap, Guna Nasi Baru Masak Tapi Peroi & Sebiji-Sebiji Elok!
RESIPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP
Bahan-bahan:
Bahan Kisaran:
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia
- Sedikit belacan
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 sudu serbuk kunyit
Bahan Lain:
- 1 segenggam cili kering
- 2 sudu beras, direndam dalam air panas
- Ikan siakap (dipotong)
- 1 biji tomato
- Bunga kantan
- Daun kesum
- Asam jawa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan bahan kisar dan beras kisar.
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar, tumis sehingga naik minyak dan pecah minyak.
3. Tambahkan air asam jawa, bunga kantan, dan daun kesum. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam, gula, dan sedikit perasa tambahan mengikut selera.
5. Masukkan ikan siakap, biarkan mendidih sebentar hingga ikan masak.
6. Tambahkan bendi dan tomato, kemudian biarkan masak sehingga pecah minyak.
Asam pedas ini memang ngam jika dipadankan bersama sambal belacan, telur masin atau ikan masin. Sekali makan, memang akan buatkan anda tak toleh kiri kanan dah!
Selamat mencuba!
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Baca lagi: Akok Kedut Pandan Versi Kurang Manis, Senang Guna Acuan Kek Cawan Je!