asam laksa cina

Mari cuba buat Asam Laksa Cina menerusi perkongsian dari Encik Ben Safwan ini. Versi ini adalah dari hidangan asam laksa yang memiliki pengaruh masyarakat Tionghoa. 

Mee asam laksa cina ini diperbuat daripada beras atau tepung gandum, dan kuahnya yang mempunyai rasa masam yang kuat.

Baca juga: Bibim Guksu (Mee Campur Pedas Korea) Cara MUDAH, Guna Pasta Angle Hair Je!

Kuahnya juga agak berbeza berbanding Laksa Penang. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera.


RESIPI ASAM LAKSA CINA

asam laksa cina

Wife duk sebut-sebut bila la nak buat asam laksa cina lagi, nahhh makan la puas-puas. Kat kedai tak nak katanya tak kick.Ben buatkan minggu lepas dah ni.

Sifir Ben pegang untuk kuah pekat elok, 1 kilo ikan = 3 liter jumlah air. Puas hati sangat buat makan sendiri.

Asam laksa cina ni sifat dia masam,manis,pedas.Dia lain dengan rasa kuah laksa penang walau nak sama rupa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand (425 gram)- kuah tak ambil.
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok (jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka/gula merah hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Nota: Boleh masukkan petis udang 1/2 botol kecil kalau mahu. Yang kali ini Ben tak letak.

Bahan-bahan kisar:

  • 100 gram bawang merah besar 
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Sayur-sayuran:

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus ikan, boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap. Kisar bahan kisar dan hiris sayur-sayuran. Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan. Bila ikan rebus dah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan. Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.

2. Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa, belahan bunga kantan, daun kesum, daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.

3. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa. Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. Separuh isi ikan sardin Ayam Brand yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah.Separuh lagi untuk dihidangkan bersama asam laksa cina nanti.

4. Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. Keluarkan semua. Boleh lah hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

asam laksa cina


Selamat mencuba resipi Asam Laksa Cina Ini.

Sumber: Facebook Ben Safwan

Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN