Categories: Informasi

Rupanya Ini Asal-Usul Sebenar Bubur Asyura Yang Ramai Tak Tahu, Wajib Ke Masak Pada 10 Muharam?

Di Malaysia, kedatangan 10 Muharam memang tidak lengkap tanpa tradisi memasak bubur Asyura secara bergotong-royong di masjid, surau atau kawasan perumahan. Walaupun begitu, ramai yang sebenarnya masih kabur tentang sejarah dan asal usul bubur Asyura itu sendiri.

Malah, ada juga yang menyangka memasak hidangan ini pada hari tersebut merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam. Sebenarnya, tanggapan itu kurang tepat. Walaupun tradisi memasak bubur Asyura sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan beberapa negara Islam, ia bukanlah satu ibadah yang diwajibkan atau disunatkan secara khusus.

Apa yang benar-benar dianjurkan pada hari Asyura ialah berpuasa sunat, memperbanyakkan amal kebajikan dan mengingati kebesaran Allah SWT. Jadi, dari mana datangnya tradisi memasak bubur Asyura? Berikut penjelasan yang ramai mungkin belum tahu.

Baca juga: Resepi Bubur Asyura Kelantan Yang Ramai Cari Bila Tiba Muharam, Mudah Rupanya Nak Buat

Adakah Wajib Memasak Bubur Asyura Pada 10 Muharam?

Jawapannya ialah tidak. Tiada hadis sahih atau dalil yang mewajibkan umat Islam memasak atau menjamu bubur Asyura pada 10 Muharam. Tradisi ini lebih bersifat budaya masyarakat yang berkembang mengikut tempat dan zaman.

Sekiranya seseorang memasak bubur Asyura sebagai satu bentuk sedekah, mengeratkan silaturahim atau gotong-royong tanpa menganggapnya sebagai ibadah wajib, maka ia dibenarkan. Namun, jika dipercayai bahawa memasak bubur tersebut mempunyai kelebihan agama yang khusus tanpa sandaran dalil, kepercayaan itu tidak mempunyai asas yang kuat dalam syariat.

Asal Usul Bubur Asyura

Kredit gambar: Lifestyle Asia

Terdapat beberapa kisah yang sering dikaitkan dengan asal-usul bubur Asyura. Antara cerita yang paling popular ialah kisah selepas banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS.

Menurut riwayat sirah yang diceritakan oleh para ulama (salah satunya dinukilkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani), kisah ini bermula apabila bahtera Nabi Nuh AS akhirnya selamat berlabuh selepas dunia dilanda banjir besar yang dahsyat. Peristiwa bersejarah itu dikatakan berlaku pada hari Asyura, iaitu 10 Muharam.

Pada waktu itu, para pengikut Nabi Nuh AS berada dalam keadaan yang sangat lapar. Lalu, Baginda memerintahkan umatnya: “Himpunkanlah sesiapa di antara kalian yang memiliki lebihan makanan.”

Maka datanglah para pengikut membawa apa saja baki makanan yang ada. Ada yang bawa segenggam kacang, ada yang bawa beras, gandum dan bijirin lain. Nabi Nuh AS pun bersabda, “Masaklah kesemuanya, sesungguhnya kalian sudah mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan.”

Dipendekkan cerita, campuran pelbagai bijirin yang dimasak bersama itulah yang menjadi makanan pertama dimasak di atas muka bumi selepas banjir besar dan dari situlah idea bubur Asyura ini bermula!

Amalan Yang Lebih Utama Pada Hari Asyura

Walaupun memasak bubur Asyura dibolehkan sebagai adat dan aktiviti kemasyarakatan, amalan yang lebih utama pada hari tersebut ialah:

  • Berpuasa sunat pada 10 Muharam (lebih baik disertakan puasa pada 9 Muharam).
  • Memperbanyakkan sedekah.
  • Membaca al-Quran.
  • Berzikir dan berdoa.
  • Melakukan amal kebajikan.

Inilah amalan yang mempunyai sandaran daripada hadis-hadis sahih. Jadi, tradisi memasak bubur Asyura merupakan warisan budaya yang sangat indah kerana dapat mengeratkan hubungan masyarakat melalui aktiviti bergotong-royong dan berkongsi rezeki.

Namun, penting untuk difahami bahawa memasak bubur Asyura bukanlah satu kewajipan atau ibadah khusus yang ditetapkan pada 10 Muharam. Selagi ia dilakukan sebagai adat yang baik, tanpa mempercayai adanya kelebihan agama yang tidak bersandarkan dalil, tradisi ini boleh diteruskan sebagai salah satu warisan masyarakat Melayu yang penuh nilai kebersamaan.

Sunber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Bubur Asyura Johor, Nak Rasa Lebih Asli Dan Beraroma Ada Rahsianya

Wan N

Recent Posts

Lauk Balik Kerja Paling Senang, Ayam Cendawan Enoki Ini Memang Mengenyangkan

Selepas seharian bekerja, lauk yang tidak terlalu rumit tetapi tetap menyelerakan memang terasa lebih bermakna.…

2 hours ago

Tak Cepat Lembik, Ini Cara Menyimpan Lobak Merah Agar Tahan Hingga 4 Minggu Dalam Peti Ais

Kalau selalu beli lobak merah tetapi jarang memasak, jangan biarkan sayur ini tersimpan begitu sahaja…

2 hours ago

Suami Kongsi Resipi Nasi Goreng Isteri Paling Sedap Di Dunia, Sampai Bagi Rating 10000000/10!

Nasi goreng paling sedap bagi lelaki ini bukanlah yang dibeli di restoran, tetapi nasi goreng…

3 hours ago

Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert

Kalau sedang mencari resepi puding buah viral yang mudah dibuat dan nampak cantik atas meja…

4 hours ago

Resipi Kepak Ayam Bakar Air Fryer Guna 2 Bahan, Rasa Sama Macam Pizza Hut!

Kalau sedang cari resepi kepak ayam yang mudah dan tidak perlukan banyak bahan, boleh cuba…

5 hours ago

Bihun Goreng Tomyam Simple, Pedas Kaw & Wangi Sampai Licin Satu Kuali!

Kalau nak sarapan yang cepat tetapi tetap penuh rasa, bihun goreng tomyam simple ini memang…

6 hours ago