asal usul bubur asyura

Di Malaysia, kedatangan 10 Muharam memang tidak lengkap tanpa tradisi memasak bubur Asyura secara bergotong-royong di masjid, surau atau kawasan perumahan. Walaupun begitu, ramai yang sebenarnya masih kabur tentang sejarah dan asal usul bubur Asyura itu sendiri.

Malah, ada juga yang menyangka memasak hidangan ini pada hari tersebut merupakan satu amalan yang dituntut dalam Islam. Sebenarnya, tanggapan itu kurang tepat. Walaupun tradisi memasak bubur Asyura sangat sinonim dengan masyarakat Melayu dan beberapa negara Islam, ia bukanlah satu ibadah yang diwajibkan atau disunatkan secara khusus.

Apa yang benar-benar dianjurkan pada hari Asyura ialah berpuasa sunat, memperbanyakkan amal kebajikan dan mengingati kebesaran Allah SWT. Jadi, dari mana datangnya tradisi memasak bubur Asyura? Berikut penjelasan yang ramai mungkin belum tahu.

Baca juga: Resepi Bubur Asyura Kelantan Yang Ramai Cari Bila Tiba Muharam, Mudah Rupanya Nak Buat

Adakah Wajib Memasak Bubur Asyura Pada 10 Muharam?

Jawapannya ialah tidak. Tiada hadis sahih atau dalil yang mewajibkan umat Islam memasak atau menjamu bubur Asyura pada 10 Muharam. Tradisi ini lebih bersifat budaya masyarakat yang berkembang mengikut tempat dan zaman.

Sekiranya seseorang memasak bubur Asyura sebagai satu bentuk sedekah, mengeratkan silaturahim atau gotong-royong tanpa menganggapnya sebagai ibadah wajib, maka ia dibenarkan. Namun, jika dipercayai bahawa memasak bubur tersebut mempunyai kelebihan agama yang khusus tanpa sandaran dalil, kepercayaan itu tidak mempunyai asas yang kuat dalam syariat.

Asal Usul Bubur Asyura

asal usul bubur asyura

Kredit gambar: Lifestyle Asia

Terdapat beberapa kisah yang sering dikaitkan dengan asal-usul bubur Asyura. Antara cerita yang paling popular ialah kisah selepas banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS.

Menurut riwayat sirah yang diceritakan oleh para ulama (salah satunya dinukilkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani), kisah ini bermula apabila bahtera Nabi Nuh AS akhirnya selamat berlabuh selepas dunia dilanda banjir besar yang dahsyat. Peristiwa bersejarah itu dikatakan berlaku pada hari Asyura, iaitu 10 Muharam.

Pada waktu itu, para pengikut Nabi Nuh AS berada dalam keadaan yang sangat lapar. Lalu, Baginda memerintahkan umatnya: “Himpunkanlah sesiapa di antara kalian yang memiliki lebihan makanan.”

Maka datanglah para pengikut membawa apa saja baki makanan yang ada. Ada yang bawa segenggam kacang, ada yang bawa beras, gandum dan bijirin lain. Nabi Nuh AS pun bersabda, “Masaklah kesemuanya, sesungguhnya kalian sudah mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan.”

Dipendekkan cerita, campuran pelbagai bijirin yang dimasak bersama itulah yang menjadi makanan pertama dimasak di atas muka bumi selepas banjir besar dan dari situlah idea bubur Asyura ini bermula!

Amalan Yang Lebih Utama Pada Hari Asyura

Walaupun memasak bubur Asyura dibolehkan sebagai adat dan aktiviti kemasyarakatan, amalan yang lebih utama pada hari tersebut ialah:

  • Berpuasa sunat pada 10 Muharam (lebih baik disertakan puasa pada 9 Muharam).
  • Memperbanyakkan sedekah.
  • Membaca al-Quran.
  • Berzikir dan berdoa.
  • Melakukan amal kebajikan.

Inilah amalan yang mempunyai sandaran daripada hadis-hadis sahih. Jadi, tradisi memasak bubur Asyura merupakan warisan budaya yang sangat indah kerana dapat mengeratkan hubungan masyarakat melalui aktiviti bergotong-royong dan berkongsi rezeki.

Namun, penting untuk difahami bahawa memasak bubur Asyura bukanlah satu kewajipan atau ibadah khusus yang ditetapkan pada 10 Muharam. Selagi ia dilakukan sebagai adat yang baik, tanpa mempercayai adanya kelebihan agama yang tidak bersandarkan dalil, tradisi ini boleh diteruskan sebagai salah satu warisan masyarakat Melayu yang penuh nilai kebersamaan.

Sunber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Bubur Asyura Johor, Nak Rasa Lebih Asli Dan Beraroma Ada Rahsianya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN