
Apabila tiba waktu minum petang, mesti nak makan sesuatu yang manis, lembut dan mudah disediakan. Jadi, kami cadangkan anda buat Apam Susu Kukus yang warna-warni ini.
Apam Susu Kukus ialah sejenis kuih tradisional yang dikukus, bertekstur lembut dan gebu yang rasanya lemak manis serta aroma wangi berbeza daripada apam biasa.
Perkongsian Apam Susu Kukus daripada Siti Sarah Mohd Sapuan di Facebook ini menarik perhatian kerana hasilnya comel, warna-warni dan nampak sangat lembut. Jom kita cuba!
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!
RESIPI APAM SUSU KUKUS

Bahan-bahan:
- 4 biji telur ayam (suhu bilik)
- 1 sudu besar ovalette
- 4 sudu besar susu pekat manis
- 3 sudu besar susu cair
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan gula
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- Pewarna makanan (ikut pilihan dan kreativiti)
Cara-cara membuat:
1. Masukkan telur, ovalette, susu pekat, susu cair, esen vanilla dan gula ke dalam blender.
2. Kisar semua bahan tadi selama beberapa minit sampai adunan jadi ringan dan warna berubah menjadi putih kekuningan (tanda sudah cukup gebu).
3. Selepas kisar, tuangkan adunan ke dalam bekas yang lebih besar.
4. Ayak tepung gandum terlebih dahulu untuk elakkan berketul, kemudian masukkan ke dalam adunan. Gaul rata sampai sebati. Kacau guna garfu pun boleh.
5. Bahagikan adunan ke dalam beberapa bekas kecil jika nak guna lebih dari satu warna. Masukkan pewarna pilihan, nak dua, tiga, atau lebih warna pun boleh.
6. Sapu sedikit minyak pada acuan supaya apam tak melekat. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10 hingga 15 minit (bergantung pada saiz acuan dan jenis kukusan).
7. Gunakan api sederhana dan tutup kukusan dengan penutup yang dibalut kain supaya wap air tak menitis atas apam.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Sarah Mohd Sapuan
Baca juga: Resepi Apam Susu Gebu Gebas, Kukus Saja Pasti Naik Cantik Kejadiannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














