Bila cuaca panas terik, pasti akan mencari air yang sejuk untuk diteguk. Air kosong sejuk dah selalu minum, kali ini apa kata jom cuba air timun selasih pula.
Kalau dapat minum semangkuk air ini, pasti akan terus rasa segar! Yang penting, cara penyediaanya cukup mudah dan ringkas untuk dicuba oleh sesiapa sahaja.
Bahan utama yang diperlukan hanyalah serbuk agar-agar, timun, selasih, bahan perasa dan beberapa bahan lain yang mudah untuk didapati.
Jika ada yang berminat mahu mencubanya, mari ikuti resipi lengkap untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara-cara penyediaannya.
Baca juga: Demam & Badan Panas? Amal Minum Air Barli Halia Ini, Berkesan Sejukkan Badan
RESEPI AIR TIMUN SELASIH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 peket serbuk jelly kosong
- 1/2 peket agar-agar kosong
- 100 gram gula
- 45 0ml air
- 250 gram timun batang (kupas kulit dan parut)
- 1 sudu makan selasih (rendam air panas
- Perasa tembikai, tembikai susu atau apa-apa jus bersesuaian
- Ais
Cara penyediaan:
1. Masak serbuk jelly, agar-agar, gula dan air sampai mendidih. Kemudian sejukkan dan biarkan ia mengeras. Apabila sudah mengeras, bolehlah diparut
2. Seterusnya, campurkan agar-agar yang sudah diparut tadi dengan bahan-bahan lain.
3. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Sumber resipi dan gambar: Dapur Cantik
Baca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!