Siapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

PUDING ROTI

Siapa kata air fryer boleh buat bakar ayam je, air fryer banyak tau kegunaannya. Salah satunya boleh buat puding roti, korang masukkan je dalam air fryer lepas 10 minit dah siap. Jimat masa dan jimat tenaga. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Ceah Caera di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 6-7 keping roti Gardenia

  • 2 cawan susu segar

  • 4 sudu besar gula halus *

  • 1 sudu teh esen vanila*

  • 2 biji telur*

  • Kismis/ badam/ chocolate chip sebagai hiasan

Kredit: Ceah Caeira

CARA PENYEDIAAN
  • Carik-carikkan roti. Susun dalam loyang dan tabur chocolate chip. Kemudian susun roti lapis kedua. Tabur lagi chocolate chip. Seterusnya susun roti dan tabur badam pada bahagian atas sekali.

  • Satukan semua bahan bertanda (*).

  • Tuang dalam loyang roti yang dah disusun.

  • Bakar dengan suhu 180 C selama 10-15 minit dan siap boleh dimakan bersama sos kastard.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.