Categories: Tips & Petua

Amal Air Rebusan 4 Rempah Ini, Boleh Turunkan Berat & Ringankan Badan

Jom amalkan air rebusan herba ini untuk cergaskan badan anda. Maklumlah, selepas seharian bekerja badan akan berasa lesu apabila tiba di rumah.

Kadangkala sehingga tidak sempat untuk mengemas rumah kerana terlalu letih. Namun begitu, kerja tetap perlu diteruskan. 

Oleh itu, anda boleh cuba amalkan air rebusan herba bersama lemon dan madu ini untuk mencergaskan badan.

Baca juga: Bukan Saja Penyedap Masakan, Ini 10 Khasiat Bawang Putih Untuk Kesihatan

Air rebusan herba ini juga dikatakan boleh menjadikan badan lebih ringan, membuang angin dalam badan dan memberikan tenaga.

Selain itu, air ini juga sesuai diambil oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan dan mengempiskan perut.

Bahan-bahan yang digunakan dalam air rebusan ini juga berasaskan herba dan rempah yang ada banyak khasiatnya.

AIR REBUSAN HERBA UNTUK CERGASKAN BADAN

Bahan-bahan:

  • 1 liter air
  • 2 batang serai
  • 7 biji cengkih
  • 1 batang kayu manis ceylon
  • 3 hiris halia di ketuk
  • 1 biji lemon
  • Madu

Cara-cara:

1. Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15 hingga 20 minit. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu.

2. Minum ketika masih suam sebelum makan.

3. Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. perah lemon dan tambah madu. Minum ketika suam.

KHASIAT BAHAN-BAHANNYA

Kayu manis ceylon

  • Kayu manis sebenar (true cinanmon)
  • Mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
  • Mengurangkan kolesterol
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Merawat nafas berbau
  • Kurangkan kadar gula dalam darah
  • Mampu kuruskan badan

Halia

  • Buang angin dalam badan
  • Kurangkan bau hamis darah ketika haid
  • Buang angin dalam badan
  • Tingkatkan tenaga batin
  • Merawat pengaliran darah yang ada masalah
  • Panaskan tubuh

Bunga cengkih

  • Rawat masalah pernafasan
  • Bantu sistem pencernaan
  • Panaskan tubuh
  • Mengandungi euganol yang berfungsi untuk cegah darah beku dan cegah sakit jantung dan stroke
  • Sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan wajah

Madu asli

  • Tingkatkan antibodi badan
  • Tambah stamina
  • Cantik kan kulit
  • Perangi bakteria dalam badan
  • Mencegah penuaan
  • Meingkatkan penyerapan nutrisi dalam badan

Lemon

  • Melancarkan pencernaan
  • Bersihkan darah
  • Pecahkan lemak di badan
  • Bantu tingkatkan stamina

Kredit: Habibah Badar Bajrai

Baca juga: Bukan Hanya Boleh Cegah Sembelit, Ini 10 Khasiat Buah Tembikai Yang Anda Perlu Tahu

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago