lychee lemonade

Air berbuka hari ini jom bancuh Lychee Lemonade cara Khairul Aming ini. Resipi ini pernah viral beberapa tahun lepas. Memang sejuk tekak lepas minum air ini tau.

Bahan-bahan pun mudah nak dapat. Tinggal terus bancuh dan masukkan ais je nanti. Bagi penggemar laici dan juga lemonade, mesti taknak lepaskan peluang untuk mencuba resipi bancuhan ini. 

Baca juga: Air Katira Versi Simple, Resipi Dapat Lebih Dari 1.8k Shares, Sedap Diminum Sejuk Tau!

Untuk pengetahuan korang, buah laici ini berasal dari dari China dan beberapa bahagian di rantau Asia Tenggara.

Ia adalah buah bulat kecil dengan kulit merah jambu yang nipis dan kasar. Di bawah kulitnya terdapat isi laici manis berwarna putih dan pada inti buahnya terdapat biji coklat yang panjang. Kedua-dua kulit dan biji tidak boleh dimakan.

Isinya berair dan manis dengan sedikit rasa sitrus dan mempunyai wangian bunga yang indah. Fuhh terliur tau bila baca ini. Tanpa membuang masa, jom kita tengok cara-caranya


RESIPI AIR LYCHEE LEMONADE

air lychee lemonade

Bahan-bahan:

Cara-cara membancuh:

1. Dalam satu jug, masukkan satu tin laici bersama buahnya.

2. Selepas itu, perah buah lemon untuk dapatkan jusnya.  Selebihnya hiris2 atau 3 keping lemon sebagai hiasan.

3. Kemudian, masukkan semangkuk madu. Campur dengan sedikit air hingga separuh jug. 

4. Kacau bagi sebati. Kemudian boleh masukkan ais dan daun pudina.

5. Siap untuk dihidang!


Siap untuk dinikmati! Air lychee lemonade ini paling baik dihidangkan dalam keadaan sejuk, kalau tak nak dihidangkan segera, boleh simpan ia sejuk di dalam peti sejuk.

Minuman ini boleh bertahan selama 3 hingga 4 hari di dalam peti sejuk.

Hanya masukkan ketulan ais sejurus sebelum dihidangkan untuk mengelakkan air limau laici menjadi cair. Selain itu, tambahkan laici sahaja sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN