air asam cabai picit

Kadang-kadang terasa malas masak banyak lauk kan? Nak masak sesuatu yang mudah-mudah saja. Anda boleh cuba buat Air Asam Cabai Picit ni.

Nampak je simple macam ni, tapi rasa dia sangat mengancam! Pasti bertambah nasi punyalah.

RESIPI AIR ASAM CABAI PICIT

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Belacan (dibakar terlebih dahulu)
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Air perahan limau nipis/limau kasturi (untuk bagi wangi)
  • Ikan rebus (ikan temenung lemak)

Cara-caranya:

  1. Masukkan cili padi bersama belacan dan air asam jawa dalam satu bekas.
  2. Picitkan atau patahkan cili padi.
  3. Tenyeh belacan sehingga hancur dan sebati dalam air asam jawa.
  4. Masukkan garam.
  5. Perahkan air limau nipis atau limau kasturi.
  6. Kalau nak lagi berkuah, tambahkan air masak sejuk/air rebusan ikan/air mineral.
  7. Akhir sekali masukkan ikan rebus. Kalau tiada ikan rebus, guna ikan goreng atau ikan bakar pun sedap.

Kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit: Aida Akashahfitri

Baca juga: Cara Buat ‘Sambal Ikan Bilis Rangup’ Yang Bikin Ketagih, Satu Lauk Ni Dah Cukup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN