Categories: Infomasi

Adab Makan Ketika Berbuka Puasa Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Sekadar Makan & Minum

Terdapat beberapa adab makan ketika berbuka puasa yang perlu diambil perhatian oleh umat Islam dan juga fadilat puasa yang perlu diketahui agar dapat mendorong seseorang itu bersemangat untuk melakukannya.

Rasulullah SAW telah mengajar umatnya tentang adab ketika berbuka puasa. Dengan mematuhi dan mengamalkannya, kita dapat meningkatkan keutamaan sunnahnya.

Baca juga: Senarai Makanan Popular Ketika Ramadan, Mana Satu Pilihan Hati?

Antara adab ketika berbuka puasa ialah membaca doa sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda SAW. Ibnu Umar menyatakan, “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca doa yang bermaksud: “Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat sudah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.” (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Shaum)

Orang berpuasa mesti menjaga adab-adab sepanjang menjalan ibadah tersebut. Ini termaksudlah adab-adab ketika berbuka puasa. Ikuti perkongsian di bawah.


ADAB MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA

1. Bermula dengan Bacaan Doa

Sebelum memulakan makan, mulakan dengan membaca doa “Bismillahirrahmanirrahim” (Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).

2. Mengambil Kurma atau Air

Sunnah untuk memulakan berbuka dengan mengambil beberapa biji kurma atau minum air.

3. Berbuka dengan Makanan Ringan

Sebaiknya berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan segar, atau air kosong terlebih dahulu sebelum makanan berat.

4. Jangan Berlebihan

Hindari berlebihan dalam makan selepas berbuka. Berbuka dengan kadar yang sederhana agar tidak membebankan perut yang kosong sepanjang hari.

5. Berdoa

Selepas berbuka, sunnah untuk membaca doa syukur seperti “Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ‘alaika tawakkaltu wa ‘ala rizq-ika afthartu”

(Wahai Allah, untuk-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku beriman dan kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka).

6. Menjaga Akhlak dan Adab

Selain dari aspek fizikal, penting juga untuk menjaga akhlak dan adab semasa berbuka. Hindari perkara-perkara yang tidak baik seperti berlumba-lumba atau bersikap tidak sabar.


Pada bulan Ramadan juga, umat Islam digalakkan supaya memperbanyakkan amalan bersedekah. Ini termasuklah menjamu orang berbuka puasa terutama kepada orang miskin, anak yatim dan golongan yang ditimpa musibah.

Menjamu orang berbuka puasa dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai orang yang dapat menikmati makanan itu, maka semakin tinggi ganjaran pahala yang diterima.

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa iaitu pahala orang yang berpuasa itu tidak dikurangkan walau sedikit pun.” (Riwayat Tirmizi)

Semoga amalan berbuka puasa ini menjadi berkat dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Sumber: Islamweb.Net

Baca juga: Selebriti Kongsi Tip Tahan Haus Ketika Puasa, Masukkan Ini Dalam Air Suam Masa Sahur

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago