Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana peniaga pisang goreng membuat bancuhan tepung pisang goreng rangup dan berserdak?
Serius sedap kalau dapat ratah serdak pisang goreng ini. Makan petang-petang kat laman rumah dengan secawan teh bersama keluarga tercinta.
Seorang peniaga pisang goreng dedah resipi pisang goreng hasil jualan hariannya hampir 15 tahun. Jom lihat resipi perkongsian olehnya di bawah.
RESIPI RAHSIA TEPUNG PISANG GORENG HASIL JUALAN 15 TAHUN
Bahan-bahan:
- Tepung beras 2 cawan
- Tepung gandum suku cawan
- Serbuk kunyit setengah sudu
- Kapur makan sedikit
- Gulu 1 sudu besar
- Garam 1 sudu
- Telur 1 biji
Cara-cara:
- Satukan semua bahan sehingga sebati.
- Boleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk dan jenis pisang lain.
- Pisang dibelah dua. Celup dalam bancuhan tepung tadi dan sedia untuk digoreng. Goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
- Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan. Selamat mencuba!
Sumber: Yayar B. Awang Noh