sup bebola ikan

Bagi ibu dan ayah yang risau kerana anak sangat memilih makanan atau kurang gemar makan, jom MyResipi kongsikan satu resipi sup bebola ikan yang mungkin dapat menarik minat mereka.

Resipi ini telah dikongsi oleh seorang ibu yang merupakan pengguna laman sosial Facebook bernama Noratiqah Nordin. Menurutnya, setiap kali memasak lauk ini, anak-anak berebut untuk makan!

Siapa tak senang hati melihat anak-anak makan dengan berselera kan? Oleh itu, ibu dan ayah jangan lupa untuk cuba resipi ini nanti ya! 

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

RESIPI SUP BEBOLA IKAN SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih (diketuk)
  • Halia (diketuk)
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sayur sawi
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Daun sup
  • Garam
  • 1 kiub ayam

Cara memasak:

1. Didihkan air dalam periuk.

2. Apabila air sudah menggelegak, masukkan bawang putih, halia, lobak merah, kentang, kiub ayam, fish ball, fish cake dan garam.

sup bebola ikan

3. Apabila semua bahan sudah empuk, baru masukkan sayur sawi. Biarkan menggelegak seketika.

4. Akhir sekali, boleh masukkan daun sup.

5. Tutup api dan cedok ke dalam pinggan.

6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

sup bebola ikan

Kredit resipi dan gambar: Facebook Noratiqah Nordin

Baca juga: Tip Hilangkan Miang Sayur Keladi, Tak Gatal Tekak Dan Tangan Dah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN