kerepek jejari ketam

Ada pelbagai jenis kudapan yang berbaloi untuk dicuba kerana lebih murah dan jimat. Salah satu kudapan tersebut adalah kerepek jejari ketam rangup.

Kalau nak beli selalu, boleh makan modal juga. Jadi, lebih baik jika buat sendiri untuk dapatkan kuantiti yang lebih banyak dan boleh menikmatinya selalu.

Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas. Anda hanya mememerlukan 4 bahan iaitu jejari ketam, serbuk cukup rasa, serbuk kari dan juga daun kari.

Kalau ada yang ingin mengetahui cara penyediaannya dengan lebih lanjut, boleh ikuti resipi penuh di bawah.

Baca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup

CARA BUAT KEREPEK JEJARI KETAM RANGUP

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara penyediaan:

1. Rendam bungkusan jejari ketam dan keluarkan dari plastik. Toskan sehingga kering dan carik-carikkan sehingga halus.

kerepek jejari ketam

2. Campurkan serbuk cukup rasa, serbuk lada dan serbuk kari bersama jejari ketam yang sudah dicarik tadi.

3. Kemudian sehingga semuanya bercampur rata. Gaul secara perlahan-lahan supaya jejari ketam tidak putus.

4. Jemur terlebih dahulu sehingga kering. Kalau dijemur, akan cepat garing dan tidak serap banyak minyak. (Boleh juga kalau tidak mahu dijemur)

5. Panaskan minyak, goreng sehingga kuning dan rangup. Taburkan sedikit daun kari ke dalam minyak.

6. Simpan dalam bekas kedap udara abila dah sejuk. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba!

kerepek jejari ketam

Kredit resipi dan gambar: Facebook Fatin Farhana

Baca juga: Resipi Bepang Kacang Tanah Guna 4 Bahan, Rangup & Tak Jemu Makan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN