jeruk mangga telur

Jika anda mempunyai pokok mangga di halaman rumah tetapi kehabisan idea untuk menyediakan hidangan, boleh cuba resipi jeruk mangga telur masam manis yang rangup krup krap ini. 

Jeruk ini pastinya akan menjadi kegemaran semua orang di rumah, sehingga air liur akan meleleh setiap kali ia dihidangkan. 

Baca juga: Aiskrim Mangga Homemade, Hanya Guna 3 Bahan Saja

Cara penyediaannya menggunakan bahan utama yang memberikan cita rasa yang unik kepada jeruk tersebut. Pastinya berbeza dari yang lain. Jom kita bersama-sama belajar bagaimana untuk menghasilkan hidangan jeruk mangga ini. 

RESIPI JERUK MANGGA TELUR MASAM MANIS RANGUP

jeruk mangga telur

Bahan-bahan:

  • Buah mangga telur
  • Garam
  • Gula
  • Air aiskrim soda

Cara-cara penyediaan:

1. Potong buah mangga telur dan rendam semalaman dalam air garam.

2. Apabila buah telah bertukar warna, basuhlah dengan air supaya tidak terlalu masin.

3. Jika anda ingin jeruk lebih manis, rendamlah buah tersebut dalam air gula selama 2 hingga 3 jam.

4. Selepas itu, sediakan larutan air gula dan biarkan ia sejuk. Setelah cukup sejuk, masukkan buah mangga ke dalam larutan air gula tersebut.

5. Campurkan secawan air aiskrim soda untuk menambah cita rasa yang lebih lezat dan biarkan semalaman.

jeruk mangga telur

Simpanlah dalam peti sejuk untuk mengekalkan kelebihan jeruk untuk tempoh yang lebih lama. Nikmatilah jeruk ini ketika sejuk. Pastinya membuatkan air liur meleleh!

Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Pilih Mangga Manis, Baru Berbaloi Beli Banyak Dapat Rasa Yang Best!

Sumber: Berkebun Di Rumah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN