cucur ikan bilis

Seorang pengguna Facebook bernama Puan Rosni Musa ada berkongsikan satu resepi cucur ikan bilis yang rangup di luar dan lembut di dalam. Menurutnya, resipi ini merupakan ajaran mak mentua yang mempunyai rahsia tersendiri untuk membuat cucur yang sedap.

Untuk menghasilkan cucur yang rangup dan lembut, bancuhan pertama perlu menggunakan air panas menggelegak. Kemudian, baru menggunakan air sejuk biasa. Adunan pula jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras. Barulah tidak leper apabila digoreng.

Oleh itu, jom kita belajar cara yang lengkap untuk membuatnya di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Mudah, Rupanya Ini Rahsia Supaya Cucur ‘Berongga’

RESEPI CUCUR IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air panas menggelegak
  • 1/4 cawan air biasa
  • Sebiji bawang besar didadu
  • Sebiji cili merah dihiris halus
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh maggie cukup rasa
  • Segenggam ikan bilis yang telah dicuci

Cara-cara:

1. Masukkan tepung gandum, bawang besar, cili besar dan ikan bilis ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.

cucur ikan bilis

2. Kemudian, masukkan pula air panas dan terus kacau dengan laju.

3. Kacau sehingga adunan menjadi seperti dalam gambar di bawah.

cucur ikan bilis

4. Tambahkan lagi sedikit air sejuk dan adunan sehingga sekata. Pastikan adunan tak terlalu lembik dan tak terlalu keras.

5. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana. Jemputkan adunan ke dalam minyak menggunakan sudu atau jari. Kalau guna sudu, tolak adunan dengan jari.

6. Goreng seketika. Bila dah sedikit mengeras, sentiasa balik-balikkan cucur agar masak dengan sekata.

7. Bila dah nampak garing, boleh angkat dan toskan.

8. Sedia untuk dihidangkan dan boleh dicicah dengan sos kesukaan. Selamat mencuba!

cucur ikan bilis

Kredit resipi dan gambar: Rosni Musa

Baca juga: Resipi Kuih Cucur Topi Guna 4 Bahan, Ikut Cara Ini Baru Menjadi Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN