rahsia masak rendang

Rupa-rupanya, ada rahsia nak masak rendang kerang lebih sedap. Rendang kerang ini memang mendapat banyak peminat tetapi ramai yang malas untuk membuatnya kerana memikirkan tentang perlu mengupas kerang.

Tetapi sebenarnya jika kerang sudah siap dikupas, lebih baik beli terus dari nak kena kupas satu persatu.

Rendang versi ini sesuai dimakan dengan nasi impit dan lemang. Selain itu, setelah banyak makan rendang ayam dan daging, adalah baik untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda boleh mengikuti resipi yang dikongsi oleh Zamaira Yunus.

Baca juga: Rendang Ayam Cili Api, Memang Sedap Pedas, Barulah Nismilan!

RAHSIA MASAK RENDANG KERANG YANG SEDAP

rahsia masak rendang

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi kerang
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Halia sebesar ibu jari*
  • Lengkuas sebesar ibu jari*
  • 4 ulas kunyit hidup*
  • 2 biji buah keras*
  • 10 tangkai cili api*
  • Segenggam cili kering*
  • 2 batang serai*
  • 1 batang serai -diketuk
  • 2 keping asam keping
  • 6 helai daun kunyit
  • 2 bungkus kerisik (beli siap)
  • 1 kotak kecil santan segera
  • Gula melaka(jika ada)

Cara-cara penyediaan:

1. Cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Kemudian, toskan sebentar.

2. Tumbuk atau kisar semua bahan yang ditandakan dengan *.

3. Tumis bahan yang telah dikisar dan serai yang telah diketuk sehingga benar-benar naik minyak. Tumis dengan api perlahan. Bila proses menumis lebih lama, ini rahsia rendang kerang makin sedap. 

4. Apabila tumisan sudah mengeluarkan minyak, masukkan gula Melaka, asam keping, dan santan. Tumis sehingga benar-benar pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan kerisik dan kerang. Kacau dengan api yang sederhana besar.

6. Apabila rendang nampak agak kering, perasakan dengan garam, gula, dan perasa tambahan (mengikut citarasa masing-masing).

7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.

8. Tutup api apabila rendang sudah masak dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Rendang Pegaga, Masak Guna Dapur Kayu, Memang Nostalgia Sungguh!

Sumber: Zamaira Yunus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN