resepi soft cookies

Resepi soft cookies ini sedikit unik kerana ia tidak rangup seperti biskut biasa. Sebaliknya, ia lembut dan agak sedikit chewy. Bagi yang first time merasa, mungkin ada yang ingat biskut ini sudah lembik atau lemau! Apa pun, biskut ini memang ada peminatnya tersendiri. 

Jika ada yang perasan, soft cookies ini menjadi makanan yang viral di laman sosial TikTok sejak akhir-akhir ini. Orang ramai tidak ketinggalan untuk membelinya dan ada juga yang cuba membuat sendiri di rumah.

Apa yang lebih menarik, ada yang mencicah biskut ini ke dalam minuman susu berisi ais yang berjaya membuatkan orang ramai terliur! Anda juga mungkin salah satu orang yang teringin mahu mencubanya kan? 

Baca juga: Resipi Biskut Dahlia Tanpa Guna Telur, Ini Tips Penting Agar Bunga Tak Jatuh

RESEPI SOFT COOKIES

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 1/2 cawan butter yang dicairkan
– 3/4 cawan gula perang
– 1/4 cawan gula putih
– 1 penutup esen vanilla
– 1 biji telur
– 1 cawan tepung gandum
– 1 sudu besar tepung jagung
– 1 sudu kecil baking soda
– Coklat cip

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan butter sampai warna keperangan.

2. Ambil 1/2 cawan butter yang dicairkan tadi, tuang ke dalam mangkuk.

3. Letakkan juga 3/4 cawan gula perang, 1/4 cawan gula putih dan 1 penutup esen vanilla ke dalam mangkuk berisi butter tadi.

4. Pukul menggukan whisk tangan bahan-bahan tadi sebelum masukkan 1 biji telur. Sambung kacau lagi sehingga bercampur rata.

5. Kemudian, masukkan 1 cawan tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu kecil baking soda. Gaul menggunakan spatula sehingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan coklat cip secukupnya. Gaul lagi sehingga sebati.

7. Bentukkan doh, jangan bentuk doh terlalu besar kerana ia akan mengembang semasa dibakar. Sejukkan dalam chiller selama 20 hingga 30 minit sebelum dibakar.

8. Sebelum mula membakar, panaskan oven selama 10 minit. Kemudian baru boleh bakar pada suhu 170°C selama 12 minit.

9. Selamat mencuba!

resepi soft cookies

Video penuh:

Kredit resipi dan gambar: TikTok @churroscekelat

Baca juga: Resipi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah, Rasa Kenyal-Kenyal Lemak Memang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN