daging burger

Kalau lauk basah dah habis, daging burger pun boleh dijadikan lauk tau! Yang penting kena rajin, kreatif dan pandai mengolah untuk dijadikan menu yang lazat.

Perkongsian oleh Puan Siti Nursoleha Nawawi ini salah satu resipi guna patty burger yang boleh dicuba. Memang cukup ringkas tapi sangat sedap!

Jadi, ibu-ibu tak perlu risau lagi jika kehabisan bahan basah untuk memasak. Boleh guna apa sahaja yang ada di dalam peti sejuk seperti patty burger ini.

Baca juga: Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari Yang Mudah & Padu, Campak-Campak Dah Siap!

RESEPI LAUK GUNA DAGING BURGER

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Daging burger
– Bawang besar
Bawang putih
– Cili padi
– Sos tiram
Sos cili
– Garam
– Gula

Cara memasak:

1. Pertama sekali, panggang atau goreng daging burger sehingga masak dan ketepikan.

daging burger

2. Sambil panggang daging, boleh hiris bawang merah, bawang putih dan cili padi.

3. Kemudian, tumiskan tiga bahan hirisan tadi sehingga naik bau.

4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili.

5. Setelah itu, masukkan patty burger dan gaulkan sehingga sebati dan bercampur rata.

6. Akhir sekali, boleh masukkan garam dan gula secukup rasa. Selamat mencuba!

daging burger

Kredit resipi dan gambar: Facebook Siti Nursoleha Nawawi via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Ikan Bilis Masak Kicap, Makan Dengan Nasi Atau Bubur Pasti Membangkitkan Selera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN