lala buttermilk

Siapa peminat ayam buttermilk wajib cuba resepi lala buttermilk ini pula. Caranya sama sahaja, yang membezakan hanyalah penggunaan lauk mentah.

Jika suka tekstur kuah yang lebih berkrim, boleh gantikan susu cair dengan krim masakan (cooking cream).

Biasanya lala buttermilk ini dicicah dengan roti mantou. Memang sama sedap setanding seperti makan di Two Sons Bistro. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Buttermilk Chicken, Ini Tips Kekal Rangup Walaupun Berkuah

RESEPI LALA BUTTERMILK 

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Butter 2 sudu besar
Daun kari 10 hingga 15 helai
– Cili padi 5 tangkai (cincang)
– Bawang putih 3 ulas (cincang)
Susu cair/cooking cream
– Chili flakes
– Udang/sotong/lala

Cara memasak:

1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis ketiga-tiga bahan ini sehingga naik bau.

2. Kemudian boleh masukkan udang, sotong atau lala mengikut cita rasa masing-masing.

3. Masukkan susu cair atau cooking cream. Kacau sehingga kuah pekat.

4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit chili flakes jika suka pedas.

5. Hiaskan dengan parsley kering, selamat mencuba!

lala buttermilk

Kredit resipi dan gambar: Yati Nawai Tukey Emas via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Resipi Sizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn, Lain Dari Lain!

Baca juga: Resipi Sizzling Spaghetti Buttermilk Bersama Ayam Popcorn, Lain Dari Lain!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN