resepi kari daging

Pasti masih ada yang gagal setiap kali memasak kari kan? Jangan risau, jika anda cuba resepi kari daging ini dijamin akan pecah minyak elok dan cantik kejadiaannya.

Ikuti saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Mariana Zainal di bawah. Beliau ada berkongsikan tips cara memasak kari daging supaya nampak elok minyak ‘bertakung’ di permukaan.

Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya

RESEPI KARI DAGING PECAH MINYAK ELOK

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging (hiris nipis)
  • 5 biji ubi kentang (dipotong)
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 1/2 asam keping
  • 1 kotak kecil santan atau 3 cawan santan segar perahan pertama
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit bahan perasa
  • 4 senduk minyak untuk menumis

Info: Kalau nak lebih sedap, tambah 1 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih dan sedikit halia. Kisar dan tumis bersama bahan pes.

Bahan-bahan pes:

  • 5 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar kerisik

Satukan semua bahan pes di atas dan kacau sebati.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bahan pes dan tumis sehingga elok naik minyak dan rempah menjadi garing.

3. Masukkan pula santan kotak dan biarkan mendidih ganas serta elok naik minyak (bertakung di permukaan).

4. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api (jangan letak air). Kacau-kacau sedikit.

5. Tutup kuali dan teruskan masak menggunakan api kecil (jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar).

6. Sesekali buka tudung kuali dan kacau, kemudian tutup semula. Ini adalah tips untuk cepatkan daging empuk.

7. Masak sehingga daging empuk. Jika sudah, boleh masukkan ubi kentang dan masak guna api besar.

8. Masukkan juga asam keping, garam, gula dan bahan perasa. Jika suka berkuah, tambah sedikit air dan biarkan mendidih.

9. Sesuaikan rasa dan tutup api. Selamat mencuba!

resepi kari daging

Kredit resipi dan gambar: Mariana Zainal

Baca juga: Rahsia Kari Sotong Pekat Tanpa Guna Santan, Ini Cara Memasaknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN