Musim cuaca panas sekarang memang sedap kalau dapat makan sesuatu yang menyejukkan tekak. Oleh itu apa kata jom cuba resepi puding laici berkuah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas, hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati.
Kalau ada yang mahu mencubanya, boleh ikuti perkongsian oleh Puan Aisyah Humaira di bawah.
Baca juga: Resipi Puding Jagung Tanpa Tepung Kastard, Lembut Bergedik & Tak Muak
RESEPI PUDING LAICI BERKUAH
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
1. Tuangkan air mengikut arahan di belakang bungkusan paket agar-agar. Apabila sudah timbul buih air, tuangkan 1 peket agar-agar.
2. Masukkan 2-3 sudu besar gula, jika suka manis boleh lebihkan. Masukkan juga 4 sudu besar kordial laici.
3. Biarkan sehingga mendidih dan sebati.
4. Susun buah laici dalam bekas, tuang beberapa senduk agar-agar tadi dan bekukan.
5. Tuang setengah tin susu cair tadi ke dalam periuk berisi baki agar-agar. Letakkan juga cebisan buah laici.
6. Tuangkan adunan susu ini ke dalam bekas agar-agar yang sudah beku.
7. Boleh dimakan bersama susu cair jika suka berkuah. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!