Ikan sambal adalah hidangan yang sering kita nikmati setiap hari. Mari cuba versi lain iaitu Ikan Kembung Masak Pedas ala Thai ini. Hidangan ini biasanya disajikan bersama nasi, sayur lemak putih, atau sayur goreng, dan merupakan kombinasi yang sangat memuaskan.
Kombinasi rasa yang mencukupi, dari rasa pedas, masam, manis yang seimbang, ditambah dengan aroma daun limau purut, membuat hidangan ini tidak pernah cukup hanya dengan sepinggan.
Baca juga: Aneka Resipi Ikan Kembung Untuk Masakan Kampung, Menjilat Jari Dibuatnya!
Walau bagaimanapun, jika kita selalu menghidangkan hidangan yang sama, mungkin kita akan merasa bosan dan jemu. Apa kata, anda mencuba pula resipi versi ikan sambal yang ini.
Sambal untuk hidangan ini tidak menggunakan bawang merah, tetapi mempunyai rasa serai dan sedikit limau purut yang memberikan cita rasa yang lazat. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh mengikuti perkongsian Muza Muzawati ini.
RESIPI IKAN KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI
Bahan utama:
- Ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
- Daun limau purut – dihiris
- Bawang holland – dihiris
Bahan kisar:
- Cili merah
- Cili hijau
- Cili padi merah
- Cili padi hijau
- 3 batang serai
- 6 ulas bawang putih
Bahan sos:
- Sos ikan
- Sos tiram
- Sos cili
- Sos tomato
- Gula
- Air secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Ikan kembung harus dicuci bersih dan disapu dengan kunyit dan garam.
- Goreng ikan tersebut sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan sos dan gula secukupnya. Gaul rata.
- Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak saja.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.
- Gaul sehingga rata dan tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Muza Muzawati
Baca juga: Percik Ikan Kembung Sedap ‘Dooh’, Buat Kuah Percik Sedap Guna Resipi Tradisi