Kuih tart nenas merupakan salah satu biskut yang wajib ada setiap kali Hari Raya Ailditfiri. Kuih ini lebih sedap jika menggunakan jem tart nenas yang dibuat secara homemade berbanding jem yang dibeli di kedai.
Jika ada yang mahu mencuba, boleh ikuti resipi jem tart nenas perkongsian oleh Puan Nureen Jalaly di bawah yang dikatakan boleh bertahan selama satu tahun. Hanya perlu simpan dalam peti dan boleh diguna pada bila-bila masa.
Baca juga: Biskut Snow Nestum, Tak Perlu Bakar Tapi Tetap ‘Crunchy’ & Tak Muak!
CARA BUAT JEM TART NENAS HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 10 biji buah nenas dibuang kulit dan matanya
- Gula
- Perwarna kuning 2 tutup kecil
- Bunga cengkih 10 kuntum
- Kulit kayu manis 2 batang
- Esen vanilla 1 tutup kecil
- Limau nipis 1 biji
Cara-cara:
1. 10 biji nenas diparut atau disagat. Jangan sampai nabu tengahnya, agak-agak sahaja. Bila dah disagat atau diparut kita guna jari. Kalau dah terasa nabu tengahnya boleh berhenti menyagat. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.
2. Setelah semua nenas habis disagat, kena tapiskan airnya sehingga kering dan ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir, guna mangkuk yang sama.
3. Selepas itu, masukkan ke dalam kuali isi nenas tadi dan gula. Masukkan perwarna kuning, esen vanilla, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bolehlah dibuka apinya. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).
4. Akhir sekali, setelah tutup api perahkan asam limau nipis. Inti ini boleh tahan setahun masukkan di dalam peti ais.
Kredit resipi dan gambar: Nureen Jalaly
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap