nugget ikan

Kadang-kadang muncul rasa bosan asyik makan nugget ayam saja kan? Kali ini apa kata jom cuba buat nugget ikan pula.

Resipi ini perlu menggunakan 5 bahan yang ringkas iaitu isi ikan, tepung gandum, garam, lada sulah dan serbuk perasa.

Bukan saja mudah, malah ia lebih sihat kerana tidak menggunakan sebarang bahan pengawet atau pewarna yang berbahaya. Jom cuba!

Baca juga: Buat Sendiri Sosej Homemade Guna Isi Ayam, Bebas Tanpa Pengawet!

CARA MEMBUAT NUGGET IKAN HOMEMADE

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 800g surimi (isi ikan) atau ikan dori
  • 60g tepung gandum
  • 30g garam
  • 30g serbuk lada sulah
  • 5g serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Hancurkan isi ikan masih dalam keadaan yang masih sejuk dengan batu lesung. Kemudian kisar dengan mesin pengisar dengan dituang sedikit air sejuk. Isi ikan dikisar sehingga hancur. Pengunaan air sejuk supaya isi ikan tidak dimasak ketika dikisar pada kelajuan tinggi, ia akan mengurangkan khasiat ikan.
  2. Gaul isi ikan yang telah dikisar dengan tepung gandum. Tuang air sejuk dan digaul sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan garam, serbuk lada sula dan serbuk perasa. Uli adunan tepung nugget sehingga adunan sekata dan likat. Air sejuk digunakan supaya adunan tepung gandum akan mudah dibentuk. Simpan adunan tepung nugget di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  4. Basahkan jari dan tapak tangan supaya proses membentuk nugget agar tidak melekat.
  5. Golek adunan tepung membentuk bola dan dileperkan. Kalau ada acuan bentuk boleh digunakan untuk mendapat bentuk yang disukai.
  6. Adunan nugget yang dibentuk dicelup dengan telur hancur dan kemudian ditaburkan dengan serbuk roti. Telur bertujuan supaya serbuk roti mudah dilekatkan.
  7. Nugget ikan yang sudah siap boleh digoreng sehingga berwarna perang. Selamat mencuba!

Kredit resipi: AKUBIOMED

Baca juga: Jom Buat Sendiri Daging Burger Homemade, Rasa Dijamin Lebih Sedap & Juicy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN