“Kalau ikut cara rebus kacang merah ini, tak perlu rendam semalaman pun tetap empuk dan lembut hasilnya..!”
Kacang merah boleh diolah menjadi pelbagai hidangan manis untuk pencuci mulut. Kacang ini biasanya diolah sebagai campuran untuk aiskrim atau sebagai bahan isian untuk roti atau kek. Antara menu yang sering menggunakan kacang merah adalah pau, bubur, aiskrim, kuih talam dan sebagainya.
Kacang merah biasanya perlu direndam semalaman agar ketika direbus, ia akan menjadi lebih cepat empuk. Proses perendaman dan perebusan ini memerlukan waktu yang cukup lama kerana kacang merah mentah memiliki tekstur yang keras.
Disebabkan oleh proses perebusan yang lama, orang ramai meilih untuk membeli yang sudah dimasak sahaja. Selain itu, proses merebus yang lama juga dapat mengakibatkan penggunaan gas yang lebih banyak.
Rupanya ada cara agar kacang merah cepat empuk ketika direbus tanpa perlu merendamnya selama semalaman. Dalam tempoh masa yang singkat, kacang akan masak dan lembut dengan cepat!
Baca juga: Cara Rebus Kacang Tanah, Tahan Lama Dan Tak Cepat Busuk
CARA REBUS KACANG MERAH CEPAT EMPUK
Berikut merupakan cara-caranya:
1. Cuci bersih kacang merah tanpa perlu merendamnya.
2. Kemudian, didihkan air dan mmasukkan kacang merah yang sudah dicuci bersih ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
3. Tambahkan 1/2 sudu teh baking soda ke dalam air rebusan kacang. Jangan letak baking soda terlalu banyak kerana boleh merubah rasa dan tekstur kacang.
4. Tutup periuk dengan tudung penutup dan rebus selama 10 minit. Selepas 10 minit, matikan api dan biarkan kacang merah dalam periuk tersebut selama 30 minit.
5. Selepas 30 minit, hidupkan semula api dan sambung rebus selama 10 minit menggunakan api kecil. Setelah itu, tutup api dan biarkan lagi selama 15 minit.
6. Hasilnya, kacang merah akan menjadi lebih empuk dan sedia digunakan untuk hasilkan pelbagai menu yang lazat.
Sumber: briliofood
Baca juga: Tip Rebus Kacang Hijau Supaya CEPAT Empuk Tanpa Rendam Lama-Lama
Related Posts
Resipi Popular
Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!
Resipi Puff Pastry Sosej Cheese, Sarapan Mudah Guna Air Fryer
Puding Red Velvet Jalur Gemilang, Boleh Cuba Resipi Ini Sempena Hari Merdeka!
Resipi Nasi Hujan Panas, Makan Dengan Ayam Masak Merah Memang ‘Umphh!’
Terung Goreng Celup Telur, Masakan Popular Orang Banjar
Artikel Popular
Cara Buat Kuih Lopes Guna Rice Cooker. Senang, Cepat & Menyelerakan
Lebih 27K Shares, Ini Resipi Udang Masak Thai Yang Mudah & Lazat
Rahsia Pajeri Terung Yang Sedap, Jangan Tumis Bahan Tumbuk Dengan Rempah
Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!
Cucur Ketam Crispy Guna Bahan Mudah, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos!
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!