telur dadar berkentang

Hidangan Spanish Tortilla, atau lebih dikenali sebagai Telur Dadar Berkentang di Malaysia, merupakan salah satu hidangan yang paling terkenal dari masakan Sepanyol.

Hidangan ini menggunakan bahan asas seperti kentang, bawang besar, dan telur, yang diolah dengan sempurna menjadi sajian yang memuaskan. Berikut adalah resipi yang mudah diikuti untuk menyediakan telur dadar berkentang a.k.a Spanish Tortilla yang lazat di rumah.

Baca juga: Resipi Telur Pindang Johor, Selalu Jumpa Masa Pergi Kenduri Kahwin

CARA BUAT TELUR DADAR BERKENTANG (SPANISH TORTILLA)

telur dadar berkentang

Bahan-Bahan:

  • 700 g kentang – dikupas dan dihiris kepingan dengan ketebalan 4-5mm
  • 100 g bawang besar – dihiris nipis
  • 4 biji telur
  • Minyak zaitun / minyak masak
  • Perasa seperti garam, MSG, serbuk cili (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar di atas api sederhana. Goreng kentang yang telah dipotong hingga matang dan keperangan di bagian luar. Pastikan kentang dimasak secara merata. 

2. Selepas kentang masak, toskan minyak berlebihan dan masukkan bawang besar yang telah dihiris. Gaul hingga bawang layu dan berbau harum.

3. Pukul telur dalam mangkuk besar dan tambahkan perasa seperti garam, MSG, dan serbuk cili sesuai selera.

4. Campurkan kentang goreng dan bawang yang telah dimasak ke dalam adunan telur. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik. 

5. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang sama dan tuangkan campuran telur dan kentang ke dalamnya. Pastikan permukaan telur rata dan tutup kuali. Masak hingga permukaan telur cukup padat.

6. Gunakan penutup kuali atau pinggan yang sesuai, balikkan telur dadar dan masak seketika sehingga kedua belah permukaan masak dengan sempurna.

7. Setelah masak, hidangan Spanish Tortilla ini siap untuk dihidangkan. 

Nota Penting:

  • Minyak: Resipi ini boleh menggunakan minyak zaitun sepenuhnya mengikut cita rasa anda.
  • Ketebalan: Biasanya, telur dadar versi ini dibuat dengan ketebalan lebih dari satu inci. Resipi ini menekankan pengurangan ketebalan untuk memastikan kentang cukup dimasak.

Selamat mencuba!

Sumber: Hasbullah Ahmad

Baca juga: Resipi Telur Bungkus Ala Kedai Makan, Puas Hati Makan Kalau Buat Sendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN