Pertama kali nak buat nasi goreng sardin. Orang kata sedap. Cubalah anda ikuti resipi yang ringkas dan sedap ini. Memang tak rugi nak mencubanya.
Di kedai makan, memang tak jumpa nasi goreng sardin macam ini. Mungkin ramai yang tak tahu dan tak pernah nak cuba. Nasi goreng ini anda nak olah sikit-sikit pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Baca juga: Nasi Goreng Ayam 90an Cara SIMPLE, Nostalgia Terimbau Zaman Dulu-Dulu
Jarang jumpa orang tak suka makan sardin kan. Untuk pengetahuan anda, resipi yang simple dan sedap ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Wahida Alya. Marilah kita mencubanya.
RESIPI NASI GORENG SARDIN
Bahan-bahan:
- Nasi putih (6-7 orang makan)
- 1 tin sardin cap ayam (saiz besar)
- Bawang besar 1 biji (diblender)*
- Bawang putih 1sudu besar (diblender)*
- Cili kering 2 sudu (diblender)*
- Kiub ayam seketul*
- Telur 2 biji
- Kacang panjang (dipotong kecil-kecil)
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan bertanda * sampai pecah minyak.
2. Masukkan sardin. Hancurkan sikit dan jangan terlalu hancur.
3. Kemudian, masukkan telur. Biarkan sekejap baru masukkan nasi.
4. Kacau-kacau dan agak-agak semua dah sebati baru masukkan kacang panjang.
5. Sudah siap! Bolehlah tabur apa saja buat hiasan.
Selamat mencuba.
Sumber: Wahida Alya
Baca juga: Nasi Goreng Kicap Cara Mak Dulu-Dulu, Memang Menggamit Kenangan