resipi sambal belacan siam

Resipi sambal belacan siam sangat terkenal dan menjadi kegemaran di kalangan penggemar makanan pedas.

Hidangan sampingan ini juga mudah dibuat dan sedap menggunakan bahan-bahan ringkas seperti cili padi, belacan bakar, bawang putih dan limau nipis.

Baca juga: 3 Jenis Sambal Belacan Perak Yang Boleh Dicuba, Memang Kegilaan Ramai!

Kita memang biasa buat sambal belacan di rumah tapi bila makan di kedai Siam atau restoran Thai rasa sambalnya lebih sedap. Cukup rasa pedas, masam dan manisnya.

Bagi yang suka sangat dengan sambal di kedai Siam boleh cuba buat sendiri di rumah ikut resipi dikongsi oleh Mummy Gojess ini.


RESIPI SAMBAL BELACAN SIAM

resipi sambal belacan siam

Bahan-bahan:

  • 2 biji cili masak
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili api merah siam
  • 2 inci belacan
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil ajinomoto
  • Air asam secukupnya
  • 5 sudu cuka makan
  • 1/2 biji bawang holland

Cara-cara penyediaan: 

1. Hancurkan kasar cili padi, cili besar, bawang putih, bawang Holland, dan tomato.

2. Potong limau nipis.

3. Letakkan bahan yang telah dihancurkan bersama belacan bakar, gula nisan, serbuk perasa (MSG), garam, dan sedikit air ke dalam pengisar (cara buat sambal belacan blender).

4. Perah jus limau nipis dan kisar sehingga halus.

5. Pindahkan ke dalam mangkuk dan sesuaikan dengan garam dan jus limau nipis.


Selamat mencuba.

Sumber: Mummy Gojess

Baca juga: Sambal Belacan Ikan Bilis Petai, Resipi Ketagih Sampai Bertambah Nasi Dibuatnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN