adab mencuci beras

Mari ikuti adab mencuci beras mengikut ajaran Islam. Mencuci beras adalah langkah penting sebelum memasak untuk menghilangkan kotoran, habuk dan lebihan kanji yang boleh menjadikan nasi terlalu melekit. 

Nasi adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga kita. Seeloknya sebelum mula memasak kita dalam keadaan suci dan berwudhuk.

Baca juga: Tip Bungkus Beras TAHAN LAMA Untuk Simpanan Darurat

Pernah tak kita makan makanan yang mak atau nenek kita masak, sedap dia lain macam kan? Bila minta resepi, kita pun berialah mencuba. Tapi, rasanya masih tidak sama. 

Setiap kali kita tanya pada mak, apa rahsia untuk masak sedap ni, jawapannya tetap sama. Sedap sebab air tangan ibu.

Ingat tak pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras tu ikut lawan putaran arah jam.

Kadangkala kita lupa pesanan yang mudah macam ni kan. Tapi banyak manfaat tau. Ikuti perkongsian penuh di bawah.


ADAB MENCUCI BERAS DALAM AJARAN ISLAM

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh.

adab mencuci beras

2. Gaulkan beras arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)

3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة

“Laysa lahaa min duunillahi kaasyifah”

Maksudnya: Tidak ada penyembuh selain daripada Allah

adab mencuci beras

4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih.

Sambil membasuh beras itu berselawatlah dan amalkan doa.

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.

dan

“Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”

Serta

“Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi”

adab mencuci beras


Jika sentiasa amalkan, InsyaAllah akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam. Semoga bermanfaat.

Sumber: Rumah3Petak

Baca juga: Rahsia Air Beras Yang Ramai Tak Tahu, Orang Dedulu Selalu Guna

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN