resepi ikan pais bakar

Resepi ikan pais bakar atau ‘pais bale tunu’ merupakan salah satu makanan orang Bugis yang sangat lazat.

Istimewanya masakan ini terletak pada bahannya dan hirisan dedaun yang menaikkan lagi aroma ikan pais. Makan dengan nasi panas memang cukup sedap.

Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti resipi lengkap perkongsian oleh Neny Lai Han di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Ikan Goreng Berlada Yang Tak Jemu Dimakan, Nak Lagi Sedap Kena Tambah 1 Bahan Ini

RESEPI IKAN PAIS BAKAR

Bahan-bahan:

  • Ikan jenahak/ikan tenggiri/ikan merah (bersihkan dan toskan)
  • Serai sebatang (dititik)
  • Daun kunyit (untuk balut ikan)
  • Garam

Bahan-bahan tumbuk:

  • Lengkuas
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Cili api kampung
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Kemiri (buah keras)

Bahan hiris halus:

Cara memasak:

1. Cuci bersih ikan dan toskan.

2. Kemudian, lumur ikan dengan garam, bahan tumbuk dan bahan hiris.

3. Perapkan seketika sebelum dibakar.

4. Balut atau alas ikan dengan daun kunyit (atau daun pisang). Leserkan minyak atas daun supaya kepingan ikan tidak melekat atas daun.

5. Bakar menggunakan api kecil. Sambil bakar, renjiskan minyak menggunakan serai yang dititik.

6. Bakar kedua-dua belah kepingan ikan sehingga masak.

7. Boleh dihidangkan bersama air asam kerisik atau air asam lada picit. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Neny Lai Han

Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Merah, Tanpa Guna Santan Tapi Tetap Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN