Kuih cek mek molek merupakan kuih tradisional dari pantai timur yang disukai ramai. Bukan saja orang dewasa, kanak-kanak turut menggemarinya. Ia mungkin disebabkan oleh rasa manis gula yang diletakkan di dalam kuih ini.
Bahan-bahan yang digunakan kuih ini juga sebenarnya cukup mudah, hanya memerlukan ubi keledek dan tepung gandum. Namun begitu, sukar untuk mengekalkan rasa dan bentuk kuih jika dibuat dalam kuantiti yang banyak.
Oleh itu, saudari Hasni Azura ada penyelesaiannya. Ada beberapa bahan yang perlu digunakan selain ubi dan tepung. Untuk mengetahui resipi tersebut, mari ikuti resipi lengkap oleh beliau di bawah.
Baca juga: Resipi Kuih Koci Pulut Hitam Yang Meleleh-Leleh, Kukus Sekejap Je Dah Siap!
RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK
Bahan A:
- 1kg ubi keledek
- 200g tepung gandum
- 10g baking powder
- Gula
Cara-caranya:
1. Rebus ubi keledak sehingga masak dan empuk. Angkat dan sejukkan seketika
2. Kupas kulit dan lenyek sehingga halus bersama 1 sudu marjerin.
3. Satukan tepung gandum dan baking powder. Kemudian campurkan bersama ubi keledek.
4. Uli semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian, bulat-bulatkan anggaran dalam 30-40 gram sebiji.
5. Bulatkan adunan seperti bebola dan leperkan. Sudukan gula pasir ke atas adunan, tutup dengan rapi supaya gula tidak terkeluar ketika menggoreng dan menjadi pecah.
6. Goreng dalam minyak masak yang panas. Pastikan api tidak terlalu kecil nanti kuih hancur.
7. Angkat kuih dan toskan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hasni Azura
Baca juga: Resipi Kuih Kasturi, Ikut Petua Ini Supaya Kuih Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!