masak lemak kulit rambai

Pernahkah anda makan lauk dengan kulit rambai? Salah satunya Masak Lemak Kulit Rambai ini. Jika ke Pantai Timur, hidangan ini masih dihidangkan di kenduri dan gerai makan. Di Negeri Sembilan juga terkenal dengan masakan lemak kulit rambai kering.

Sebenarnya banyak cara nak masak kulit rambai ini. Anda boleh mencuba pelbagai resipi. Semuanya sedap dan menepati citarasa kampung.

Baca juga: Masak Lemak Putih Buah Gajus Dengan Sotong, Lauk Kampung Kegemaran Ramai

Kali ini, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Erny Yusniza Saad ini. Rasa kuahnya yang berlemak membuatkan ia sedap dimakan bersama nasi putih.

Lauk ini biasanya dihidangkan bersama ikan atau ayam goreng dan sambal belacan. Gandingan memang berbaloi. Memang bertambah makan dibuatnya. 

Apabila memasak sayur kulit rambai lemak putih ini, biasanya anda mencampurkan petai segar dalam hidangan ini. Ia cukup menggembirakan.


RESIPI MASAK LEMAK KULIT RAMBAI

Bila isteri IC 02 masakkan untuk suami IC 11 yang dah lama mengidam menu ni. Gigih tau encik suami habiskan stok buah rambai semata-mata nak dapatkan kulitnya. 

kulit rambai masak lemak putih

Bahan-bahan: 

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, rebus kulit rambai bersama garam. Selepas direbus, sejukkan. Rendam seketika bersama air kapur. Ramas untuk buang airnya dan sejatkan.

2. Masukkan isi ikan, bawang, cili padi dan santan. Masukkan sekotak santan. Biar lemak-lemak gitu.

3. Masukkan air rebusan ikan. Pastikan ditapis. Tunggu sehingga agak-agak santan sudah separuh masak, barulah masukkan bahan seterusnya.

4. Masukkan kulit rambai, petai dan hirisan cabai besar. 

masak lemak kulit rambai

5. Perasakan dgn garam dan gula.

6. Tunggu menggelegak sekejap. Kacau sedikit-sedikit. Terus tutup api. Jaga-jaga jangan sampai pecah minyak tau. Tutup api. 

7. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi masak lemak kulit rambai ini.

Sumber: Facebook Erny Yusniza Saad

Baca juga: Pari Masak Lemak Cekur, Penuh Rasa Berlemak Pedas Masakan Jawa Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN