sinki tersumbat

Setiap rumah pasti pernah mengalami masalah sinki tersumbat kan? Bukan itu saja, sinki juga akan mengeluarkan bau yang tidak enak.

Walaupun paip sudah dibaiki, masalah itu akan tetap berulang. Mungkin secara tidak sedar, tabiat yang sering dilakukan di sinki menjadi punca ia tersumbat.

Mari kita ketahui apa tabiat-tabiat tersebut yang seringkali menjadi punca kepada sinki tersumbat.

Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Ramai Buat!

JANGAN BUANG 7 BENDA INI UNTUK ELAK SINKI TERSUMBAT

1. MINYAK/MARJERIN/LEMAK

Jangan sesekali membuang minyak, marjerin mahupun lemak lembu yang dimasak ke dalam sinki. Ia akan menjadi keras dan melekat pada paip sekaligus menyebabkan sinki tersumbat.

Cara mudah untuk membuang minyak adalah dengan membungkus dengan plastik yang dilapik tisu dapur. Kalau nak lebih mudah, beli saja pengeras minyak (oil hardener) yang boleh didapati di Daiso atau Shopee.

2. SISA TEPUNG

Sisa tepung yang dibuang terus ke dalam sinki merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sinki tersumbat. Sisa tepung tersebut akan bergumpal dan melekat pada paip.

3. KULIT TELUR

Jangan membuang kulit telur ke dalam sinki. Sisa-sisa pecahan kulit telur tersebut akan terkumpul di saluran paip sinki dan terikat dengan sisa makanan lain seperti minyak.

4. BAHAN BERKANJI

Pasta, kentang, kekacang dan nasi adalah empat punca biasa yang menjadi penyebab sinki dapur tersumbat.

Apabila bahan-bahan tersebut terkena air, ia akan mengembang seolah-olah menjadi pes yang likat. Sebaiknya, buanglah sisa makanan tersebut ke dalam tong sampah.

5. SERBUK KOPI

Sama seperti kanji, serbuk kopi akan berkumpul dan menjadi berat apabila bercampur dengan air dan keadaan itu akan menyebabkan saluran pada sinki tersekat.

Kopi harus dibuang ke dalam tong sampah atau ke dalam timbunan kompos. Boleh juga taburkannya terus ke atas tanah di kawasan taman bunga anda, kerana ia menurunkan pH tanah.

6. BUIH SABUN

Tahukah anda bahawa kebanyakan sabun dibuat daripada lemak? Apabila bercampur dengan mineral keras yang terdapat dalam air, iA boleh menyebabkan saluran paip anda tersumbat.

Untuk menyelesaikan masalah ini, anda bolehlah melakukan pembersihan saluran paip secara berkala menggunakan pembersih tanpa sabun.

7. RAMBUT

Rambut juga penyebab utama yang menyebabkan saluran paip tersumbat. Jika anda melihat rambut walaupun hanya sehelai, terus sahaja dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Baca juga: 5 Cara Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna Bahan Semula Jadi!

Sumber: Sirap Limau, Mstar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN