keropok nasi sejuk

Ada lebihan nasi semalaman? Mari kita buat Keropok Nasi Sejuk menggunakan lebihan nasi lama dan belum basi. Tak adalah membazir dibuang begitu sahaja. 

Keropok ini mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa yang sedap. Biasanya makanan ini dihidangkan bersama sos cili atau sos cili sebagai pelengkap sos. 

Baca juga: Keropok Kentang Buat Sendiri Dekat Rumah, Lagi Puas Hati Ada Stok Banyak

Jajan ini juga merupakan makanan ringan yang popular di Malaysia terutamanya di kawasan pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Selain itu, keropok nasi sejuk juga boleh didapati di pelbagai tempat lain di Malaysia dan menjadi pilihan snek yang enak untuk dinikmati.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Eina Izzara ini.


RESIPI KEROPOK NASI SEJUK

Keropok nasi sejuk. Pertama kali buat. Terima kasih empunya resipi asal. Saya edit resipi versi sendiri ya.

keropok nasi sejuk

keropok nasi sejuk

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar nasi yang direndam tadi dengan sedikit garam, secukup rasa dan bawang putih sehingga halus.

2. Tuang dalam bekas dan masukkan tepung ubi untuk sebatikan sampai betul-betul tak melekat ditangan.

3. Bila dah tak melekat, bahagikan beberapa doh untuk letakkan pewarna. Terpulang pada anda nak guna warna apa, kalau tak nak letak pewarna pun tak apa.

4. Bulat-bulatkan jadi doh panjang, jangan besar sangat dan jangan kecil sangat. Asalkan boleh dihiris nanti.

5. Bila dah siap buat gentel, panaskan air. Bila dah mendidih, letak 1 sudu minyak masak untuk rebuskan doh tadi. Bila doh dah terapung bermakna doh itu dah masak. Angkat dan toskan. Sejukkan.

6. Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais semalam. Kalau buat malam, pagi esok dah boleh keluarkan dan terus dihiris. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat.

7. Selepas itu, jemur di bawah matahari yang terik. Sudah kering boleh la digoreng seperti keropok biasa.


Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Eina Izzara

Baca juga: Kerepek Marshmallow Resipi Viral, Hanya Guna 2 BAHAN Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN